14 October 2015

Bengkel Penyelarasan Pembangunan Dan Kemajuan PSS BIL 2/2015

Pada 13 Oktober 2015, telah diadakan Bengkel Penyelarasan Pembangunan Dan Kemajuan PSS BIL 2/2015 yang bertujuan bagi melatih 51 GPM PKG Bangsar dalam cara kerja pelupusan serta membuat RPH GPM. Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn Arinawatie Bt Mohd Yassin (Pegawai Teknologi Pendidikan KUP42, UPSP BTPNWPKL) bermula dari 8:30pg hingga 4:30ptg. Seramai 50 orang GPM sekolah ahli PKG Bangsar telah hadir serta berjaya membina Sukatan Pengajaran Mingguan GPM serta Rancangan Pengajaran Harian GPM dan membentangkan hasil kerja mereka kepada semua.








Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar Bil 2/2015

    Pada 12 Oktober 2015, bertempat di Bilik Cempaka BTPNWPKL. Telah diadakan Mesyuarat JPKA Bil 2/2015 PKG Bangsar. Seramai 49 orang Pengetua/Guru Besar atau wakil telah hadir dengan dipengerusikan oleh Pengerusi baharu iaitu Pn Noriah Bt Ismail (SK Bangsar). Mesyuarat ini membincangkan tentang status pengisian INilam, KPI VLE Frog, Aduan Kerosakkan ICT dan Khidmat Bantu ICT. Buat julung-julung kalinya, En Mohd Seth B Yusof (Juruteknik Komputer PKG Bangsar) telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai tatacara aduan kerosakan dan tatacara khidmat bantu ICT.
   En S'aleh B Osman, selaku setiausaha dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar juga telah membentangkan berkenaan isu-isu berkenaan INilam serta menjawab pelbagai persoalan yang diajukan





09 October 2015

BENGKEL SPM LUKISAN KEJURUTERAAN 2015 (SMK SRI PANTAI)

Pada 8 Oktober, En S'aleh B Osman telah dijemput untuk memberikan ceramah bagi Bengkel SPM Lukisan Kejuruteraan 2015 bagi 10 pelajar di Makmal Lukisan Kejuruteraan SMK Sri Pantai.



Matlamat program ini adalah untuk memberi dorongan dan semangat kepada para pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu, para pelajar diharap dapat menguasai teknik terbaik dan terkini semasa menjawab soalan peperiksaan bagi mendapat markah maksima

05 October 2015

Kem Membaca 2015

      Pada 29 September hingga 2 Oktober telah diadakan Kem Membaca 2015 bertempat di Kem Bumi Jadi,Shah Alam. Objektif kem ini adalah untuk memilih Tokoh NILAM bagi kategori BM SM,BI SM, BM SR dan BI SR. En S'aleh B Osman (Pegawai PKG Bangsar) terlibat sebagai urusetia. 3 pelajar dari sekolah ahli PKG Bangsar telah terpilih dan berjaya mendapat tempat iaitu seorang dari SK (P) Methodist 1 "mendapat tempat ke-2 BM SR" dan 2 pelajar dari SJKC Kueng Chen 2 "masing - masing mendapat tempat pertama dan tempat ke-3 BI SR"
-Aktiviti "team building"

-Debat peringkat akhir (BM SR & BI SR)

-Majlis penutup