21 April 2014

LAPORAN KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 14 hingga 18 April  2014 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah berlangsungnya Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang dikelolakan bersama oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W.P Kuala Lumpur (BTPNKL) dan 6 Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur (PKGKL). Seramai 81 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baru  telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 72 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolah-sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selebihnya 9 orang guru daripada sekolah-sekolah Ahli PKG Bangsar. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih Guru Perpustakaan dan Media (GPM) tatacara pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Kursus Asas PengurusanPusat Sumber Sekolah telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot - PTP PKG Bangsar merangkap Pemangku Ketua Unit Jal Ehwal PKG Kuala Lumpur, seterusnya  taklimat berkenaan Konsep Asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan guru serta Konsep Asas Pusat Sumber  disampaikan oleh En Mohd Fakaruddin. slot seterusnya berkenaaan “pengkatalogan Buku dan Bukan Buku (Pengelasan” disampaikan oleh Pn Arinawati menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku. Sewaktu rehat, para peserta diberi peluang untuk melawat Pusat Sumber Sekolah SK Bangsar sebagai penanda aras.
         Slot pada hari kedua dimulakan oleh En Zaini dengan tajuk “Kemudahan Fizikal” Pusat Sumber Sekolah; menerangkan rancangan susunan bagi Pusat Sumber Sekolah bagi bangunan baru, mengubahsuai tempat atau ruang menjadi Pusat Sumber Sekolah dan bagaimana merancang susunan alat perabot bagi Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada. Slot Kedua pada hari kedua pula menerangkan “Promosi dan Penggunaan PSS” yang disampaikan oleh Cik Syam Irza menerangkan kaedah dan kebaikan promosi dan penggunaan PSS dan slot ketiga yang bertajuk “ Pengurusan fail/fail kuasa” disampaikan oleh Pn Haslizah; menerangkan tatacara pengurusan fail yang perlu diwujudkan dan penerangan 15 perkara yang perlu diketahui di dalam fail kuasa PSS. 
Pada hari ketiga,En Fazli memulakan dengan slot “Leterasi Maklumat” diikuti  En Asif  menyampaikan “koleksi bahan”, dalam slot ini: menerangkan bahan bercetak, bahan bukan bercetak, bahan tiga dimensi, serta cara perolehan dan pengumpulan bahan-bahan2 dan slot ketiga pada hari ketiga bertajuk “penilaian PSS” disampaikan oleh En Nazri
Pada hari keempat pula, Bengkel diteruskan dengan slot “Pengkatalogan (Proses Teknik) “oleh Pn Arinawati, “Aktiviti Galakkan Membaca/iNILAM” oleh Cik Syam dan “Pengkatalogan (Pengkatalogan)” oleh Pn Arinawati

Pada hari terakhir kursus, peserta diterangkan berkenaan EN Mohd Fakruddin menyampaikan slod “Pengurusan PSS Cemerlang”.\
Kursus yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang padu dari semua pihak terutamanya penganjur, fasilitator juga para peserta. Kelebihan juga berdasarkan faktor  memiliki fasilitator yang terdiri daripada penceramah yang sangat arif dan berpengalaman dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah 

10 April 2014

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS) AUDIT DALAMAN KPM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2014 (PKG BANGSAR)

 Pada 10 April  2014 yang lepas, bertempat di PKG Bangsar telah berlangsungnya Bengkel Sistem Pengurusan Inisatif (ICTS), dimana PKG Bangsar, PKG Kg Pandan dan PKG Pudu telah bergabung dengan disertai 20 cikgu ICT daripada setiap PKG dan berbengkel bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang..



Penolong Pengarah Unit ICT BTPNKL, En
Hazri B Hj Minhat dan 5 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari unit ICT BTPNKL (En Abd Halim B Abu Samah),PKG Bangsar (En Zaini B Mohd Endot dan En S’aleh B Osman), PKG Kg Pandan (En Mohd Fazli B Ab Hadi) dan PKG Pudu (En Nazri B Ishak) telah telah bertindak sebagai fasilitator bagi pengisian aset ICT sekolah ini.Keseluruhannya, sepanjang 1 hari dijalankan bengkel ini, matlamat untuk membimbing pengisian data ICT telah tercapai dengan jayanya tanpa sabarang masalah yang besar.                                 

20 March 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN “VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) PERINGKAT NEGERI (PKG BANGSAR)

        Pada 17 hingga 19 March 2014 yang lepas, bertempat di PKG Bangsar bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang selama 3 hari,telah berlangsungnya Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran “Virtual Learning Enviroment (VLE) Peringkat Negeri (PKG Bangsar). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membina laman pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1. Seramai 2 orang jurulatih VLE-Frog (En Norizam B Zaman “SK Brickfields 2” dan Pn Nor Haniza Bt Hasim “Sk St. Teresa 1”), 2 orang jurulatih utama mata pelajaran Sejarah (En Muhd Ikhwan B Muhd Noor “SMK Bukit Jalil” dan En T. Loganathan A/L S. Tarmalingam “SMK Vivekananda”) dan 10 orang guru mata pelajaran Sejarah dari 10 buah sekolah menengah,sekolah ahli PKG Bangsar terlibat dalam bengkel ini. En Zaini B Mohd Endot,pegawai dari PKG Bangsar juga bertindak sebagai fasilitator dan urusetia dibantu oleh staf-staf PKG Bangsar yang lain.


       Sasaran utama bengkel ini adalah supaya peserta dapat membina 20 laman pembelajaran (sites) bagi Bab 1 mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 yang bertajuk “Sejarah Dan Kita”, dimana “sites” yang akan dibina menggunakan tapak akaun VLE-Frog Sekolah Maya (https://sekolahmayakpm.1bestarinet.net) bagi menempatkan 16 “sites” bagi PKG Bangsar ( YES ID: pkgbangsar@yes.my) dan 4 “sites” bagi Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL) (YES ID:
btpnwpkldua@yes.my )
        Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan “pengenalan isi kandungan bahan” oleh jurulatih utama mata pelajaran Sejarah dan dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan diamanahkan membina “sites” bagi 1 sub topik bab 1 Sejarah Tingkatan 1. Setelah itu, En Zaini B Mohd Endot pula bertanggungjawab menyampaikan taklimat berkenaan tatacara penggunaan Frog VLE terutamanya tatacara pembinaan “sites” kepada peserta. Pada hari kedua dan ketiga,para peserta tekun dan bertungkus lumus membina dan menyiabkan “sites” masing-masing.
       Seperti yang dirancang, pada akhir bengkel ini, 20 laman pembelajaran (sites) telah berjaya dibina oleh peserta bengkel dengan jayanya dan hasil kerja peserta ini telah dihantar kepada “MoE repository” untuk pengesahan dan tindakan lanjut. Berkat kerjasama yang baik antara pihak urusetia yang sangat membantu bersama jurulatih utama berpengalaman dan peserta yang sangat proaktif,dilihat kunci utama bengkel ini
berjaya dijalankan dengan mencapai matlamat yang telah disasarkan.

TAKLIMAT GURU PENYELARAS ICT/BESTARI (GPB) PKG BANGSAR 2014

Tarikh                 : 13 March 2014
Tempat               : Bilik Kuliah, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar
Urusetia              : PKG Bangsar
Peserta               : Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru ICT (GICT) Sekolah Ahli

  
        Bertempat di PKG Bangsar, satu sesi taklimat khas berkenaan Inisiatif ICT telah berlangsung. Taklimat tersebut adalah kerjasama antara BTPNKL dan PKG Bangsar sendiri. Seramai 52 orang peserta terdiri daripada GPB dan GICT sekolah ahli PKG Bangsar telah hadir dalam taklimat ini. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan tatacara pengurusan ICT untuk tahun 2014 disamping mengumpul maklumat terkini GPB dan GICT sekolah ahli bagi tahun ini.

           Taklimat yang bermula pada jam 8.30 pagi ini, telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar merangkap urusetia program. PKG Bangsar telah menjemput En Mohd Hazri B Minhat (Penolong Pengarah Unit ICT) dan dua orang pegawai BTPNKL iaitu, En. Abd Halim Bin Abu Semah dan En. Abd Hamid Bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit ICT BTPNKL untuk hadir bersama memberi taklimat tersebut. Antara maklumat yang disampaikan adalah taklimat pengurusan tugasan GICT/GPB, penerangan pengurusan dokumen, Taklimat Teknikal ICT dan Taklimat Pembestarian sekolah dan 1Bestarinet. Selain itu, turut dinyatakan pada taklimat tersebut adalah seperti, panduan untuk mewujudkan sistem fail yang seragam, senarai semak bagi pengurusan makmal serta aduan kerosakan peralatan ICT. Sebelum taklimat berakhir sesi soal jawab telah dibuat bagi mendapatkan maklumbalas dari GPB dan GICT sekolah ahli.

       Secara keseluruhannya, taklimat inisiatif ICT PKG Bangsar telah berjalan dengan lancar dan reaksi yang diberikan oleh peserta menunjukkan impak yang positif. Rata-rata guru faham tentang tatacara pengurusan inisiatif ICT yang disampaikan. Diharapkan agar taklimat seperti ini dapat dilakukan dari masa ke semasa agar dapat membantu GPB dan GICT dari segi pengurusan dan pelaksanaan dengan lebih cekap.

                        Gambar 1 Peserta begitu fokus mendengar maklumat yang diberi.





Gambar 2: Antara penceramah dan urusetia yang terlibat

27 February 2014

TAKLIMAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) PKG BANGSAR 2014


LAPORAN TAKLIMAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM)
PKG BANGSAR 2014

         Pada 26 Februari 2014, bertempat di Bilik Kuliah, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar, telah berlangsungnya Taklimat Guru Perpustakaan Media (GPM) untuk  Sekolah Ahli PKG Bangsar bagi tahun 2014. Taklimat yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 52 orang GPM sekolah ahli PKG Bangsar. Objektif utama taklimat ini diadakan bertujuan menyampaikan maklumat terkini  berkenaan fungsi Unit PSP (UPSP) BTPNKL, takwim UPSP serta program-program terkini bagi sepanjang tahun 2014. Antara topik yang telah disampaikan berkenaan Peranan dan Fungsi GPM, Indeks Kualiti Pss (IQPSS), Pelupusan Bahan, i-Nilam serta Gerakan Tabiat Membaca.

Secara keseluruhannya Taklimat GPM 2014 ini berjalan dengan lancar termasuk pada sesi soal jawab antara para peserta dan fasilitator. Maklumbalas yang diberi menunjukkan bahawa taklimat seperti ini perlu diteruskan dari masa ke semasa agar segala informasi terkini dapat disampaikan terus kepada para peserta. Turut disertakan beberapa gambar sepanjang taklimat ini berlangsung.