04 March 2015

Khidmat Bantu ICT (SJKT Saraswathy)

Tarikh                    : 4 Dan 5 Februari 2015
Masa                     : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat                  : Makmal Komputer SJKT Saraswathy
Penganjur               : Unit Perkhidmatan ICT BTPN WPKL & PKG Bangsar
Peserta                  : Guru ICT SJKT Saraswathy
      7 Orang Juruteknik Komputer
1.       Mohd Seth Bin Yusof - PKG Bangsar (Urusetia merangkap Team Leader)
2.       Syamsul Adzar Bin Mohd Badri - SK Sultan Hishamuddin Alam Shah
3.       Farah Binti Mat Khalil - SK Seri Mega
4.       Lelly Shelly Shaliza Bt. Md Noor Affandi - SK Bukit Pantai
5.       Wan Shahriz Ismad Bin Wan Ismail - SK Petaling 2
6.       Siti Zuhana Binti Aziz - SK Brickfields 1
7.       Mohd Hafiez Bin Musa - SMK Bukit Bandaraya

Pada 4 dan 5 Februari 2015 yang lepas, bertempat di Makmal Komputer SJKT Saraswathy, telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu naik taraf sistem rangkaian setempat (LAN). Bengkel khidmat bantu tersebut telah dianjurkan oleh PKG Bangsar dan Unit Perkhidmatan ICT BTPN WPKL. Seramai 7 orang peserta termasuk Guru ICT (GICT) sekolah tersebut telah terlibat untuk bengkel yang pertama bagi tahun 2015 ini. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memperluaskan capaian 1BestariNet ke seluruh kawasan sekolah agar penggunaan internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan. Selain itu warga sekolah juga dapat mengakses internet diseluruh pelusuk kawasan sekolah dan tidak hanya tertumpu di dalam makmal komputer sahaja. Disamping itu juga, bengkel ini dapat meningkatkan kompetensi dan pengetahuan kepada Juruteknik Komputer yang terlibat.
                Bengkel khidmat bantu yang dijalankan selama dua hari ini, dimulakan dengan pendaftaran para peserta. Selaku urusetia merangkap ketua pasukan, ucapan alu-aluan serta taklimat berkenaan tugas dan spesifikasi kerja telah diterangkan oleh Encik Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer PKG Bangsar. Turut hadir mendengar penerangan berkenaan spesifikasi kerja, Puan Mariyamal Sinathamby a/p Nadarajah, Guru Besar SJKT Saraswathy. Selepas minum pagi, kerja-kerja pemasangan kabel rangkaian dipejabat dimulakan pada jam 10.30 pagi.


                Setelah kerja-kerja terakhir diselesaikan, sesi pengujian isyarat internet dibuat bagi memastikan  internet dapat di akses diseluruh kawasan sekolah.Di akhir program, satu majlis penutup dan penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan PKG Bangsar telah dibuat oleh pihak sekolah sebagai tanda terima kasih di atas bengkel khidmat bantu ini. Secara keseluruhannya, bengkel khidmat bantu ini telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kepada PKG Bangsar dan BTPNKL telah memudahkan kerja-kerja khidmat bantu ini dijalankan. Disamping itu juga, komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan sikap sentiasa ingin membantu antara sebab bengkel ini berjalan lancar.

                Reaksi positif yang diterima menunjukkan bahawa bengkel seumpama ini wajar diteruskan di semua sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan agar semua sekolah di Kuala Lumpur tidak lagi mengalami masalah gangguan capaian internet  ataupun masalah tiada rangkaian dan seterusnya capaian internet yang dibekalkan iaitu 1Bestari Net dapat digunakan dengan sepenuhnya. Selaku penganjur program, pihak PKG Bangsar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para peserta dan pihak sekolah di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berjalan.internet yang dibekalkan iaitu 1Bestari Net dapat digunakan dengan sepenuhnya. Selaku penganjur program, pihak PKG Bangsar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para peserta dan pihak sekolah di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berjalan.