07 October 2013

1BestariNet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Mengapa Capaian Internet Anda Perlahan

Picture

Akhbar The Sun pada 7 Oktober 2013 di muka surat 21 melaporkan antara sebab capaian internet anda perlahan. Sila klik logo akhbar berkenaan.
 
 
 

Pelaksanaan Ujian Mutu Capaian Perkhidmatan Internet Sekolah-Sekolah JPWPKL

JPWPKL dan BTPNWPKL sering dimaklumkan bahawa perkhidmatan internet yang stabil amat diperlukan bagi penggunaan Frog-VLE, pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah dan pelbagai tujuan lain seperti PdP dan juga PdT di sekolah-sekolah. Untuk memastikan pihak sekolah menikmati mutu perkhidmatan terbaik, JPWPKL dan BTPNWPKL memerlukan data yang lengkap untuk dianalisa. 
 
Sila klik pada: 1BestariNet untuk maklumat lanjut.

01 September 2013

Pengisian borang pemantauan SSQS 2013 secara online

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri untuk semua.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Penarafan bagi tahun ini akan dijalankan pada 1 hingga 30 September 2013. Sehubungan itu, penarafan akan dijalankan menggunakan borang penarafan yang baru. Bagi memudahkan sekolah ahli PKG Bangsar mengisi borang penarafan tersebut, pihak PKG Bangsar telah menyediakan pautan dibawah bagi keempat-empat skop yang dipantau. Sila klik dan isikan pada keempat-empat borang tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG Bangsar bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Borang SSQS Bagi Pentadbir Sekolah

Borang SSQS Bagi GPM

Borang SSQS Bagi Guru

Borang SSQS Bagi Murid

28 August 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

PKG Bangsar telah menjalankan Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 pada 27/8/2013 bertempat di Dewan Kuliah PKG Bangsar.

Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara menjawab dan penerangan soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang akan dimuatnaik  di Blog PKG Bangsar bermula 2 September 2013. Seramai 50 Guru Penolong Kanan Pentadbir 1 telah hadir bagi taklimat ini dan 3 orang Guru Penolong Kanan Pentadbir dari sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur telah turut serta atas sebab yang tertentu.

Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dari PKG Bangsar telah memulakan taklimat ini dengan memberi penerangan kepada semua Guru Penolong Kanan 1 berkenaan rancangan perjalanan taklimat yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi.En Zabidi B Ismail dari Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut juga menyampaikan penerangan berkenaan pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 dan VLE-Frog secara sepintas lalu. Taklimat ini menyentuh dan menerangkan kehendak soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang terbahagi 5 modul iaitu Penggunaan, Modal Insan, Aplikasi, Infrastruktur dan Pusat Sumber Pendidikan. dan perlu dijawab oleh 4 kumpulan responden (Seorang Pentadbir,Seorang Guru Perpustakaan dan Media, 30 guru dan 30 Murid)

Sepanjang sesi taklimat ini dilaksanakan, penerangan berkenaan langkah-langkah dan syarat pengisian telah diterangkan dengan sangat terperinci oleh En Zaini B Mohd Endot, pelbagai soalan turut juga diaju oleh para Guru Penolong Kanan 1 dan berjaya dijawab oleh En zaini b Mohd Endot dan En Zabidi B Ismail bagi memastikan kefahaman yang mendalam dan betul.

            Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 telah berjaya dijalankan lancar  tanpa sebarang masalah dan tamat tepat pada jam 4.00 petang.



BENGKEL PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) KALI KE-3 (SEKOLAH MENENGAH)

PKG Bangsar telah menjalankan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kali ke-3 bagi 18 sekolah menengah sekolah ahli pada 22/8/2013.

Bengkel Pengisian Data SPS kali ke-3 sekolah menengah ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara kemasukan data bagi mendaftar guru/staf, mengisi profile guru/staf, menyelenggara kemudahan kelas, menyelenggara darjah, mendaftar murid, mengisi profile murid dan menyelenggara kelas murid. Seramai 17/18 guru pentadbir sistem Berjaya hadir.



Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah memulakan bengkel ini dengan memberi taklimat kepada semua pentadbir sistem berkenaan rancangan perjalanan bengkel yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi. Bengkel kemudian diteruskan dimana semua peserta berada di Makmal Komputer SK Bangsar bagi aktiviti “hand-on” pengisian data bermula pada jam 9.00 pagi dimana En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman juga berperanan sebagai fasilitator.

Sepanjang sesi bengkel ini dilaksanakan, rata-rata pentadbir sistem didapati dapat memahami langkah kerja pangisian data yang perlu dilaksanakan dengan baik dan sesi soal jawab juga berjalan dengan sangat lancar. Hampir semua persoalan berkenaan SPS dapat diselesaikan sewaktu bengkel  ini berlangsung.

            Sepanjang bengkel ini juga, capaian aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah yang dilaksanakan di makmal komputer SK Bangsar tidak menghadapi sebarang masalah untuk log masuk mahupun capaian lambat. Secara keseluruhannya, perjalanan bengkel pengisian data SPS berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 petang.

05 August 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) KALI KE-3


PKG Bangsar telah menjalankan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kali ke-3 bagi 32 sekolah rendah sekolah ahli yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama seramai 17 orang pentadbir sistem menghadiri bengkel yang diadakan pada 31/7/2013 dan kumpulan 2 baki seramai 15 orang pentadbir sistem dari sekolah rendah pula menghadiri bengkel ini pada 1/8/2013.

Bengkel Pengisian Data SPS kali ke-3 ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara kemasukan data bagi mendaftar guru/staf, mengisi profile guru/staf, menyelenggara kemudahan kelas, menyelenggara darjah, mendaftar murid, mengisi profile murid dan menyelenggara kelas murid.

Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah memulakan bengkel ini dengan memberi taklimat kepada semua pentadbir sistem berkenaan rancangan perjalanan bengkel yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi. Bengkel kemudian diteruskan dimana semua peserta berada di Makmal Komputer SK Bangsar bagi aktiviti “hand-on” pengisian data bermula pada jam 9.00 pagi dimana En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman juga berperanan sebagai fasilitator.

Sepanjang 2 sesi bengkel ini dilaksanakan, rata-rata pentadbir sistem didapati dapat memahami langkah kerja pangisian data yang perlu dilaksanakan dengan baik dan sesi soal jawab juga berjalan dengan sangat lancar. Hampir semua persoalan dapat diselesaikan sewaktu bengkel, walau bagaimanapun terdapat permasalahan dimana kesilapan memasukkan darjah murid “Tambah Murid” tidak dapat diperbetulkan secara terus. Kesilapan begitu hanya boleh diselesaikan dengan membuat aduan melalui e-mail ke “sps.helpdesk@moe.edu.my”

            Sepanjang bengkel ini juga, capaian aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah yang dilaksanakan di makmal komputer SK Bangsar tidak menghadapi sebarang masalah untuk log masuk mahupun capaian lambat. Secara keseluruhannya, perjalanan bengkel pengisian data SPS berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 petang.



26 July 2013

KHIDMAT BANTU SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) GERAK GEMPUR KE-2


PKG Bangsar telah menjalankan gerak gempur Khidmat Bantu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sekolah ahli yang terpilih (SMK Bukit Jalil, SK Bukit Jalil dan SMK Desa Perdana) selama 2 hari iaitu 18/7/2013 dan 22/7/2013 dengan memfokuskan pengisian data “Selenggara Rekod Staf”.

Khidmat Bantu SPS ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendaftar kata laluan guru-guru dan mengisi data asas peribadi guru/staf kedalam sistem SPS seperti yang telah dilaksanakan pada khidmat bantu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebelum ini di SMK Seri Pantai.

Kali ini hanya Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah menjalankan khidmat bantu ini dengan mendedahkan dahulu kepada Pengetua/Guru Besar berkenaan kepentingan SPS dijalankan,modul-modul yang didalam SPS serta kegunaannya secara sepintas lalu secara amali. Pengetua/Guru Besar dibimbing untuk mengisi sendiri maklumat peribadi ke dalam Selenggara Rekod Staf (Modul Selenggara Maklumat Staf). Pada peringkat guru pula beberapa orang guru dipanggil sedikit demi sedikit untuk mengisi data maklumat peribadi mereka.

Pendekatan yang digunakan juga sama tetapi diperkemaskan lagi dengan berpandukan “modul tatacara penggunaan SPS”; perjalanan khidmat bantu SPS  berjalan lancar dimana Pentadbir Sistem SPS bertanggungjawab untuk mewujudkan dahulu akaun bagi setiap guru dan staf di bahagian Modul Pentadbir Sistem ‘Selenggara Pengguna Sistem-Tambah Pengguna Baru”. Kemudian guru/staf diminta untuk log masuk ke akaun mereka dengan kebenaran admin diberikan dan mengisi maklumat peribadi asas mereka di ketetapan Modul Pengurusan Staf “Selenggara Rekod Staf”.

Guru dan staf perlu untuk melengkapkan data peribadi selebihnya seperti maklumat Keluarga, Pengalaman Kerja, Kelulusan Akademik, Kursus, Mata Pelajaran, Tugasan diwaktu lain sendiri di lain waktu yang telah ditetapkan tempohnya.
            Sepanjang khidmat bantu ini,capaian aplikasi sistem pengurusan sekolah yang dilaksanakan di SMK Bukit Jalil menghadapi sedikit masalah untuk log masuk manakala bagi SK Bukit Jalil dan SMK Desa Perdana yang dijalankan di makmal komputer LAN tidak menghadapi sebarang masalah.












KHIDMAT BANTU SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) SMK SERI PANTAI


Pada 12 Julai 2013 yang lepas, bertempat di Makmal Komputer SMK Seri Pantai bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang telah berlangsungnya Khidmat Bantu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) pengisian data “Selenggara Rekod Staf”.
Khidmat Bantu SPS ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendaftar kata laluan guru-guru dan mengisi data asas peribadi mereka kedalam sistem SPS.
Jurulatih Utama SPS En Hazri B Minhat dari BTPNWPKL dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah membantu menjalankan kihdmat bantu di sekolah ini dengan mendedahkan dahulu kepada Pengetua sekolah tersebut iaitu Pn Faridah Bt Abdul Ghani berkenaan kepentingan SPS dijalankan,modul-modul yang didalam SPS serta kegunaannya secara sepintas lalu secara amali. Puan Pengetua dibimbing untuk mengisi sendiri maklumat peribadi beliau ke dalam Selenggara Rekod Staf (Modul Selenggara Maklumat Staf). Pada peringkat guru pula beberapa orang guru dipanggil sedikit demi sedikit untuk mengisi data maklumat peribadi mereka.
Pendekatan yang digunakan bagi sekolah ini dalam memulakan proses kemasukan data peribadi guru adalah dimana Pentadbir Sistem SPS bertanggungjawab untuk mewujudkan dahulu akaun bagi setiap guru di bahagian Modul Pentadbir Sistem ‘Selenggara Pengguna Sistem-Tambah Pengguna Baru”. Kemudian guru-guru diminta untuk log masuk ke akaun Pentadbir Sistem Sekolah dan mengisi maklumat peribadi mereka di ketetapan Modul Pengurusan Staf “Selenggara Rekod Staf”. Setelah rekod maklumat peribadi telah disimpan, Pentadbir Sistem Sekolah akan aktifkan status guru bagi membolehkan guru boleh mula menggunakan akaun individu SPS mereka. Guru-guru diminta untuk melengkapkan data peribadi selebihnya seperti Keluarga, Pengalaman Kerja, Kelulusan Akademik, Kursus, Mata Pelajaran, Tugasan diwaktu lain sendiri.
Sepanjang proses Khidmat Bantu SPS disekolah ini, seramai 64/79 orang guru telah berjaya memasukkan data peribadi mereka tanpa sebarang masalah. Pada masa akan datang, dirancang untuk mengadakan Khidmat Bantu SPS sekali lagi kepada sekolah ini bagi mendedahkan kepada guru-guru akan kepentingan SPS dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan membantu mereka tentang cara penggunaan Modul Pengurusan Sekolah dan Modul Pengurusan Murid.


05 July 2013

MAKLUMAN TERKINI SPS

MAKLUMAN TERKINI SPS

CAPAIAN KE PORTAL SPS

·         Semua sekolah boleh mencapai SPS di alamat https://sps.1bestarinet.net/SPS dengan maklumat LOG MASUK KALI PERTAMA menggunakan  ID DAN PASSWORD YANG TELAH DIBERIKAN SEBELUM INI

·         Pentadbir sistem akan diminta MEMASUKKAN PASSWORD BARU UNTUK MENGAKTIFKAN SISTEM


PROSEDUR KESELAMATAN

·         SEBAGAI SATU PROSEDUR KESELAMATAN, pentadbir SPS sekolah adalah diarah supaya di peringkat awal pelaksanaan, menggunakan no kad pengenalan sebagai kata laluan, sehingga satu tempoh penukaran yang akan dimaklumkan kemudian.

·         Sekiranya kata laluan yang lain digunakan, satu salinan kata laluan perlulah direkodkan, dimasukkan dalam sampul surat rasmi, dilabel dan ditutup kemas sebelum diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk disimpan dalam peti besi untuk tujuan keselamatan.



LARANGAN

Pentadbir sistem serta pengguna SPS adalah DILARANG MEMBERI/MEMAKLUMKAN MAKLUMAT LOG MASUK SPS kepada mana-mana pegawai PKG, PPD, BTPN, JPN dan BTP atau mana-mana pegawai KPM bagi memastikan integreti sistem serta maklumat di dalamnya. Semua log masuk adalah dilog dan dirakam di peringkat pusat.




BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, 56000 KUALA LUMPUR
Tel : 03-91733010     Faks: 03-91735040



BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, 56000 KUALA LUMPUR
Tel : 03-91733010     Faks: 03-91735040


FORMAT LAPORAN PERMASALAHAN SPS

Sila gunakan format dibawah untuk memberikan sebarang aduan ke helpdesk sps.

MAKLUMAT PELAPOR
Kod Sekolah:

Nama Sekolah:

Nama Pelaporan:

Jawatan Pelaporan:

Tarikh Laporan:

Masa Laporan:

Email:

Telefon:



ISU/PERMASALAHAN
Tajuk Isu:
Isu:



21 June 2013

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (PENGISIAN DATA) 2013

Pada 17 Jun 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bangsar  telah berlangsungnya Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (Pengisian Data) 2013. Seramai 50 orang Pentadbir  Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sekolah ahli telah terlibat di dalam bengkel tersebut dengan kehadiran En Mohd Hazri B Minhat Penolong Pengarah BTPNWPKL.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak Modul Pengurusan Sekolah yang merangkumi sub modul Papar Maklumat Sekolah, Selenggara Tahun Aktif Persekolahan, Selenggara Tahap Persekolahan, Selenggara Aliran Persekolahan, Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan, Selenggara Darjah/Tingkatan. Sebarang masalah atau kesilapan dapat dikesan dan dilaporkan dengan mengisi borang aduan (google.doc) yang disediakan oleh pihak BTPNWPKL  bagi tujuan tindakan susulan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan. Bengkel ini juga mendedahkan  Pentadbir Sistem dengan ringkas tentang tatacara Pengurusan Kemudahan Sekolah, penyediaaan kod nama, Pengurusan Maklumat Sekolah “Selenggara Darjah/Tingkatan”, Pengurusan Staf “Selenggara Maklumat Staf-pengisian data” , mewujudkan nama pengguna/kata laluan dan Pengurusan Murid
En Zaini Bin Mohd Endot,Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar memulakan bengkel dengan mengalu-alukan kedatangan Pentadbir Sistem SIstem Pengurusan Sekolah (SPS) kemudian menjemput  En Mohd Hazri B Minhat selaku Penolong Pengarah BTPNWPKL memberi ucapan dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan bengkel serta sedikit input berkenaan pengurusan ICT sekolah seperti pengurusan fail ICT.     
Pn Wee Siu Hiang selaku Ketua Jurulatih seterusnya membimbing Pentadbir Sistem meneliti dan menyemak maklumat am sekolah, profail sekolah, pengurusan sekolah dan kedudukan sekolah dimana sebarang kesilapan akan dilaporkan.
Seterusnya Pn Wee Siu Hiang membimbing Pentadbir Sistem selenggara Tahun Aktif Persekolahan berdasarkan takwim persekolahan kalendar .Bengkel diteruskan dengan penerangan ringkas oleh Pn Wee Siu Hiang berkenaan modul Pengurusan Kemudahan Sekolah dengan sub modul Selenggara Kemudahan Sekolah dan Pinjaman Kemudahan Sekolah. Beliau menerangkan tatacara pengisian setiap ítem didalam sub modul untuk tindakan pengisian selepas bengkel yang boleh diambil maklumat daripada data ERMIS sekolah. Masalah juga timbul apabila paparan sub modul Pengurusan Kemudahan Sekolah bagi sekolah harian didapati berbeza berbanding Sekolah Bestari. Pengisian maklumat yang sepatutnya ada pada paparan sekolah harian didapati tidak lengkap.
            Tentatif bengkel diteruskan dengan berfokuskan kepada Pengurusan Maklumat Staf dimana Pentadbir Sistem diminta untuk mewujudkan kod nama bagi staf, data nama, nombor kad pengenalan dan alamat e-mail staf secara manual sebagai persediaan bagi menyelenggara maklumat staf untuk mewujudkan nama pengguna dan kata laluan.

            Pada penghujung bengkel Jurulatih Utama meminta semua Pentadbir Sistem supaya mengambil tindakan mengumpul data yang diperlukan setelah pulang ke sekolah tanpa mengisi sebarang input didalam sistema, data tersebut akan digunakan pada bengkel seterusnya. Setelah Pentadbir Sistem melengkapkan pengisian Borang Maklum Balas secara manual dan Kajian PKG secara “online” , bengkel ditamatkan pada jam 4:30.



MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG BANGSAR 2013


Pada 13 Jun 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2013. Seramai 50 orang Pengetua dan Guru Besar  telah terlibat di dalam mesyuarat tersebut dengan kehadiran KPP BTPNWPKL dan PP Hal Ehwal PKG. 48 Pengetua dan Guru Besar berjaya hadir atau diwakilkan, manakala hanya dua buah sekolah gagal untuk hadir iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy,K.L dan Sekolah Jenis Kebangsaan(C),St Teresa,Brickfield,K.L.
Mesyuarat JKPA 2013 bertujuan untuk membincangkan beberapa agenda utama iaitu pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Aktiviti  PKG Bangsar 2012, perkara berbangkit , membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan 2012/2013, laporan PKG Bangsar/Biro JKPA dan Hal-hal lain.
Minit Mesyuarat JKPA 2012 telah dibentangkan oleh En. Zaini b. Mohd Endot , manakala En Nazry Jabar, SK Brickfield 1,  mencadang Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2012  diterima dan disokong Pn Salina Othman SK Taman Desa. Tiada perkara berbangkit dibentangkan pada mesyuarat ini.
         En. Zaini b. Mohd Endot membacakan Laporan Kewangan sehingga 10 Jun 2013. Dimana wang berjumlah RM1700.00 telah habis dibelanjakan untuk beberapa perkara seperti yang dinyatakan dalam jadual laporan penyata kewangan JKPA PKG Bangsar.
          En. Zaini b. Mohd Endot melaporkan laporan SSQS,IQPSS,I-Nilam dan TMK sekolah-sekolah ahli secara umum. Laporan lengkap bagi setiap sekolah telah disertakan di dalam Buku Laporan JKPA 2013.
            Mesyuarat JKPA telah ditangguhkan pada 12.30 tengahari dan Pengerusi membahagikan ahli mesyuarat kepada 4 kumpulan mengikut biro untuk membincangkan aktiviti biro yang perlu diadakan sebagaimana permintaan En.Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah selaku Penasihat JKPA.
   
Suasana Sepanjang Mesyuarat JKPA 2013







04 June 2013

MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN PKG WPKL 2013

BIL    PKG          TARIKH MESYUARAT     MASA     CADANGAN TEMPAT
1.     PKG Bangsar  13 Jun 2013 (Khamis) 9.00 pg  PKG Bangsar


Cadangan Agenda

1. Ucap Utama KPP

2. Ucapan Pengerusi
3. Peranan dan Penyelarasan Peranan JK Pengurusan PKG (Mengikut Buku Kuning)
4. Laporan Aktiviti Semasa PKG
5. Perlaksanaan Program BTP/Pemantauan- 1 Bestarinet/SPS/Frog
   VLE/PSS/Penyelenggaraan ICT/web  TV/Makmal Bahasa MBMMBI/Pusat Aksess
6. Perlaksanaan Program JPN- TMK etc jika ada
7. Hal-hal lain

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2013

Bengkel SPS bagi sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar telah ditetapkan pada:


Tarikh  : 17/06/2013 (Isnin) 

Tempat: Dewan Kuliah PKG Bangsar

Masa    : 8.00pg-4.30ptg

Bagi maklumat lanjut untuk bahan dan tentatif boleh melayari:

20 May 2013

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 13 Mei 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul telah berlangsungnya Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 50 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baru  telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 41 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolah-sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selebihnya 9 orang guru daripada sekolah-sekolah Ahli PKG Bangsar. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih Guru Perpustakaan dan Media (GPM) cara pengurusan Pusat Sumber   Sekolah.
Kursus Asas PengurusanPusat Sumber Sekolah telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot - PTP PKG Bangsar, seterusnya  taklimat berkenaan Konsep Asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan guru disampaikan oleh Pn Kamaliah Bt Abdullah Hudi. Pn Haslizah Bt Jibin menyampaikan slot kedua iaitu “koleksi bahan”, dalam slot ini: menerangkan bahan bercetak, bahan bukan bercetak, bahan tiga dimensi, serta cara perolehan dan pengumpulan bahan-bahan.
Slot pada hari kedua dimulakan oleh En Zaini dengan tajuk “Kemudahan Fizikal” Pusat Sumber Sekolah; menerangkan rancangan susunan bagi Pusat Sumber Sekolah bagi bangunan baru, mengubahsuai tempat atau ruang menjadi Pusat Sumber Sekolah dan bagaimana merancang susunan alat perabot bagi Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada. Slot Kedua pada hari kedua pula menerangkan “Promosi dan Penggunaan PSS” yang disampaikan oleh Cik Syam Irza menerangkan kaedah dan kebaikan promosi dan penggunaan PSS dan slot ketiga yang bertajuk “ Pengurusan fail/fail kuasa” disampaikan oleh En Imran; menerangkan tatacara pengurusan fail yang perlu diwujudkan dan penerangan 15 perkara yang perlu diketahui di dalam fail kuasa PSS. 
Pada hari ketiga, 2 slot berkenaaan “pengkatalogan:proses teknik dan pengkatalogan” disampaikan oleh Pn Arinawati menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku dan slot ketiga pada hari ketiga bertajuk “Aktiviti galakan membaca/iNilam” disampaikan oleh Pn Rosilawati.

Pada hari terakhir kursus, peserta diterangkan berkenaan “Leterasi Maklumat:Mohd Asif, Pengkatalogan Buku dan Bukan Buku (Pengelasan):Arinawati dan Penilaian PSS:Nazri. Penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh En Zaini B Mohd Endot. 

01 May 2013

KURSUS PELUASAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENTADBIR SISTEM





Pada 30 April 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul telah berlangsungnya Kursus Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pentadbir Sistem yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 61 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 50 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar dan selebihnya 11 orang guru daripada sekolah-sekolah Putrajaya. Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan dasar serta kepentingan dan manfaat yang diprolehi daripada  penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kepada pihak sekolah dan melatih pentadbir sistem berkenaan tatacara penggunaan 6 modul permulaan Sistem Pengurusan Sekolah  (SPS).

Kursus Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk  Pentadbir Sistem telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot - PTP PKG Bangsar, seterusnya  taklimat berkenaan dasar SPS yang menerangkan cita-cita dan harapan pelaksanaan SPS, aplikasi SPS, faedah dan hasil pelaksanaan SPS serta faktor kejayaan SPS juga disampaikan oleh beliau.

Pn Wee Siu Hiang dibantu oleh En Zaini B Mohd Endot dan En S’aleh B Osman meneruskan kursus ini dengan menerangkan dan menunjuk cara fungsi serta penggunaan 6 daripada 22 modul  yang perlu diketahui oleh pentadbir sistem pada peringkat awal. 6 modul tersebut ialah Pengurusan Maklumat Sekolah, Pengurusan Kemudahan Sekolah, Selenggara Takwim Sekolah, Pengurusan Pentadbir Sistem,  Pengurusan Staf,danPengurusan Murid.



22 April 2013

BENGKEL KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) SMK SRI SENTOSA


Pada 22 dan 23 Januari 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Akses SMK Sri Sentosa telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 13 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 10 orang daripadanya adalah terdiri daripada Juruteknik PKG Bangsar dan sekolah ahli. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan membuat rangkaian LAN di Pusat Akses 1 dan 2 serta di bilik guru. Disamping itu juga ianya dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang lain.
Bengkel khidmat bantu ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Encik Zaini Bin Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar sebagai penganjur bengkel ini. Seterusnya sedikit taklimat ringkas berkenaan kerja-kerja yang perlu dibuat telah disampaikan oleh Encik Abd Halim Bin Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan Unit ICT BTPNKL. 

27 February 2013

Bengkel Pengurusan Aktiviti PSS 2013



LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN AKTIVITI PUSAT SUMBER
SEKOLAH AHLI PKG BANGSAR TAHUN 2013


Tarikh                 : 26 Februari 2013
Tempat              : Bilik Kuliah, Pusat Kegiatan Guru Bangsar
Urusetia            : Pusat Kegiatan Guru Bangsar 
Peserta             : Guru Perpustakaan Media Sekolah Ahli




        Bertempat di Bilik Kuliah Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar, telah berlangsungnya Bengkel Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi tahun 2013. Bengkel yang dikendalikan PKG Bangsar bersama Unit PSP BTPNKL ini telah dihadiri seramai 50 orang Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah ahli PKG Bangsar. Objektif utama bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pengurusan serta aktiviti PSS bagi tahun 2013 disamping mengumpul maklumat terkini senarai GPM sekolah ahli bagi tahun ini.

        Antara maklumat yang disampaikan ialah pengisian maklumat GPM secara online, pengisian data secara online dalam aplikasi i-Nilam dan iQ-PSS. Selain itu, turut disampaikan dalam taklimat tersebut adalah seperti, Pelupusan Bahan Perpustakaan yang merangkumi Kriteria Pelupusan, Tatacara Pelupusan, Kaedah Pelupusan serta penggunaan borang bagi tujuan tersebut.

  Secara keseluruhannya, Bengkel Pengurusan Aktiviti PSS di PKG Bangsar telah berjalan dengan lancar dan reaksi yang diberikan oleh para peserta menunjukkan impak yang positif. Rata-rata peserta memahami tentang maklumat yang disampaikan. Diharapkan agar taklimat seperti ini dapat dilakukan dari masa ke semasa bagi membantu GPM dari segi pengurusan dan pelaksanaan dengan lebih cekap.