27 November 2012

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR BTPN/PKG KE MELAKA



Lawatan Perkongsian Pintar telah diadakan oleh BTPNKL ke BTPN Melaka Negeri Bersejarah, pada 22 November 2012. Perjalanan ke BTPN Melaka bermula pada jam 9.00pagi. Lawatan ini disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah Encik Mohd Hazrib. Minhat, Pegawai Teknologi Pendidikan, Juruteknik Komputer PKG dan sekolah. Seramai lima orang Juruteknik Komputer Sekolah ahli terlibat di dalam lawatan ini.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk member pendedahan kepada peserta inovasi BTPN Melaka yang bertajuk ITCare kepada juruteknik komputer PKG dan sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, supaya amalan kerja berpasukan dapat menyelesaikan masalah ICT yang dihadapi oleh pengurusan sekolah dari segi rangkaian, kabeling, format dan masalah penyelengaraan. Selain itu juga para peserta mendapat maklumat mengenai pengenalan, latarbelakang, visi, misi, objektif dan pelaksanaan ITCare tersebut. Pegawai Pengiring BTPN Melaka Tuan Haji Abdul Kadir bin Zainal telah menyambut ketibaan rombongan dan ceramah mengenai ITCare telah disampaikan oleh Pn. Zanariah binti Ali, Pegawai Teknologi BTPN Melaka.

Taklimat diserikan dengan ucapan wakil BTPNKL iaitu Penolong Pengarah, Encik Mohd Hazri bin Minhat. Beliau berpesan agar semua peserta mendapat ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini. Disertakan beberapa gambar sepanjang lawatan ini berjalan.





















05 November 2012

Bengkel Mencanting Batik PKG Bangsar

Tarikh : 1 November 2012
Tempat : Bilik Seminar PKG Bangsar
Urusetia : PKG Bangsar
Peserta : Sekolah Ahli PKG Bangsar


Pada 1 Nov 2012 yang lepas, bertempat di Bilik Seminar Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar, telah berlangsungnya Bengkel Mencanting Batik untuk sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar. Bengkel ini telah dianjurkan bersama Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Bangsar serta PKG Bangsar yang juga sebagai tuan rumah. Bengkel ini telah berjalan selama sehari bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan memperkenalkan kehalusan seni mencanting batik kepada guru-guru disamping melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Bangsar bagi tahun ini.

Seramai 41 orang peserta daripada 50 orang peserta yang dijemput, telah hadir bagi mengikuti bengkel ini. Sebagai Setiausaha JKPA PKG Bangsar, En Zaini Bin Mohd Endot yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar, telah memberi kata-kata aluan serta ucapan penghargaan kepada para peserta sebelum menyerahkan sesi tersebut kepada jurulatih, En. Ismail Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Bangsar untuk meneruskan acara.

Secara keseluruhan, bengkel tersebut telah berjalan dengan lancar dan kesemua peserta berjaya menyiapkan cantingan. Ada dikalangan peserta memohon agar bengkel ini ditambah sehari lagi. Ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti seperti ini wajar diadakan agar ianya dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan PKG itu sendiri. Turut disertakan beberapa gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.