12 May 2012

TAKLIMAT PEMBESTARIAN & INISIATIF ICT 2012




Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah mengadakan Taklimat Pembestarian Dan Inisiatif ICT 2012 kepada sekolah-sekolah ahli pada 25 April 2012.

Taklimat yang bermula pada jam 0830 ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta.Kesemua sekolah ahli telah menghantar peserta untuk taklimat ini…tahniah diucapkan. Taklimat bertujuan bagi menyampaikan makluman hal-hal berkaitan inisiatif-inisiatif ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar iaityu Encik Zaini Bin Mohd.Endot.Antara pengisian yang telah disampaikan aadalan berkenaan SSQS, STS, SPPICTS. Disamping itu, taklimat ini juga memberi peluang PKG Bangsar memaklumankan mengenai 1Email1Sekolah (la.(kodsekolah)@btpnkl.edu.my) untuk kegunaan sekolah dan para peserta bagi tujuan berkongsi maklumat.



Peserta diberi borang Akujanji agar maklumat dapat disampaikan ke pengetahuan warga sekolah disamping mereka perlu mengisi Borang Maklumat Diri Guru ICT / GPB untuk simpanan PKG.

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KOHORT 1 TAHUN 2012







Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kohort 1, telah diadakan di PKG Bangsar pada 16 hingga 20 April 2012. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh 28 orang Guru Perpustakaan dan Media atau GPM baru dari PKG Bangsar, Sentul dan Segambut Jaya.



Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GPM yang baru dilantik teknik mengurus PSS. Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, En. Zainuddin b. Hj. Othman telah menyampaikan slot beliau bagi tajuk Konsep Asas PSS dan Pengurusan / Pentadbiran PSS. Fasilitator dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan ialah Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin menyampaikan tajuk Proses teknik dan Pengkaalogan dan Pn. Rosilawati bt. Maabar pula menyampaikan dalam bidang iNILAM dan aktiviti galakan membaca.Encik Zaini Bin Mohd.Endot telah menyampaikan slot penggunaan dan promosi PSS dan Puan s.Fadilah Bte Md. Salleh telah menyampaikan slot Pengurusan Fail PSS

Peserta juga dibawa ke SK Bangsar untuk khidmat bantu PSS bagi mempraktikkan dan mengukuhkan kefahaman mereka situasi sebenar kursus dijalankan dengan bantuan fasilitator.



LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

PKG BANGSAR 2012


Pkg Bangsar telah berjaya mengendalikan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2012 pada 29 Mac 2012. Bengkel bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 49 orang Guru Perpustakaan dan Media atau GPM PKG Bangsar.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah BTPNKL, En. Zainuddin b. Hj Othman. Beliau telah menyampaikan amanah Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, dengan memaklumkan bahawa Pusat Sumber Sekolah, Pengurusan ICT dan Program NILAM merupakan tanggungjawab BTPN dan PKG. Fasilitator dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan ialah Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin menyampaikan tajuk IQPSS dan Pn. Rosilawati bt. Maabar pula menyampaikan dalam bidang iNILAM dan aktiviti galakan membaca. Bengkel ini diadakan bertujuan bagi membincangkan takwim UPSP sepanjang tahun 2012, menerangkan KPI GPM, SKT GPM dan IQPSS serta iNILAM perlu diisi oleh GPM.

Peserta diberikan borang Borang Akujanji pelaksanaan bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar bengkel ini dapat disampaikan ke pengetahuan Pengetua/Guru Besar Sekolah, dan peserta perlu menghantar borang ini pada atau sebelum hari Khamis 6 April 2012.


Perbengkelan diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru-guru dan fasilitator.


Puan Arenawati sedang memyampaikan takilmat Pengurusan PSS








Puan Rosilawati sedang menyampaikan takilmat IQPSS dan I-Nilam.








*PKG BANGSAR KUALA LUMPUR*