27 November 2012

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR BTPN/PKG KE MELAKA



Lawatan Perkongsian Pintar telah diadakan oleh BTPNKL ke BTPN Melaka Negeri Bersejarah, pada 22 November 2012. Perjalanan ke BTPN Melaka bermula pada jam 9.00pagi. Lawatan ini disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah Encik Mohd Hazrib. Minhat, Pegawai Teknologi Pendidikan, Juruteknik Komputer PKG dan sekolah. Seramai lima orang Juruteknik Komputer Sekolah ahli terlibat di dalam lawatan ini.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk member pendedahan kepada peserta inovasi BTPN Melaka yang bertajuk ITCare kepada juruteknik komputer PKG dan sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, supaya amalan kerja berpasukan dapat menyelesaikan masalah ICT yang dihadapi oleh pengurusan sekolah dari segi rangkaian, kabeling, format dan masalah penyelengaraan. Selain itu juga para peserta mendapat maklumat mengenai pengenalan, latarbelakang, visi, misi, objektif dan pelaksanaan ITCare tersebut. Pegawai Pengiring BTPN Melaka Tuan Haji Abdul Kadir bin Zainal telah menyambut ketibaan rombongan dan ceramah mengenai ITCare telah disampaikan oleh Pn. Zanariah binti Ali, Pegawai Teknologi BTPN Melaka.

Taklimat diserikan dengan ucapan wakil BTPNKL iaitu Penolong Pengarah, Encik Mohd Hazri bin Minhat. Beliau berpesan agar semua peserta mendapat ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini. Disertakan beberapa gambar sepanjang lawatan ini berjalan.





















05 November 2012

Bengkel Mencanting Batik PKG Bangsar

Tarikh : 1 November 2012
Tempat : Bilik Seminar PKG Bangsar
Urusetia : PKG Bangsar
Peserta : Sekolah Ahli PKG Bangsar


Pada 1 Nov 2012 yang lepas, bertempat di Bilik Seminar Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar, telah berlangsungnya Bengkel Mencanting Batik untuk sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar. Bengkel ini telah dianjurkan bersama Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Bangsar serta PKG Bangsar yang juga sebagai tuan rumah. Bengkel ini telah berjalan selama sehari bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan memperkenalkan kehalusan seni mencanting batik kepada guru-guru disamping melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Bangsar bagi tahun ini.

Seramai 41 orang peserta daripada 50 orang peserta yang dijemput, telah hadir bagi mengikuti bengkel ini. Sebagai Setiausaha JKPA PKG Bangsar, En Zaini Bin Mohd Endot yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar, telah memberi kata-kata aluan serta ucapan penghargaan kepada para peserta sebelum menyerahkan sesi tersebut kepada jurulatih, En. Ismail Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Bangsar untuk meneruskan acara.

Secara keseluruhan, bengkel tersebut telah berjalan dengan lancar dan kesemua peserta berjaya menyiapkan cantingan. Ada dikalangan peserta memohon agar bengkel ini ditambah sehari lagi. Ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti seperti ini wajar diadakan agar ianya dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan PKG itu sendiri. Turut disertakan beberapa gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.






05 October 2012

BENGKEL PERMURNIAN CERDIKNET 2012

Bengkel Permurnian CerdikNet telah berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober 2012 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,Kuala Lumpur.Bengkel ini telah dikendalikan secara bersama oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari 6 buah Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur .Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi portal pembelajaran CerdikNet yang dimuatkan dalam laman web BTPNKL.Guru-guru pakar dalam mata pelajaran tertentu telah bergabung tenaga dan bekerjasama untuk menghasilkan soalan-soalan secara interaktif untuk dimuat naik dalam portal CerdikNet.Antara soalan-solan yang telah dihasilkan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia mengngah rendah,Sains sekolah rendah dan menengah,Matematik sekolah rendah dan menengah dan Pendidikan Islam bagi sekolah rendah dan menengah. Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah menghantar 4 orang guru pakar Bahasa Malaysia untuk menghasilkan soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah.Adalah diharapkan portal pembelajaran CerdikNet ini akan dapat membantu guru-guru dan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya bengkel ini telah dapat mencapai matlamatnya.Tahniah kepada semua peserta.

10 September 2012

KURSUS MENGOPTIMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P 2012



Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah mengadakan Kursus Mengoptimum Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran untuk Guru Penolong Kanan Tadbiran Dan Kurikulum sekolah-sekolah ahli pada 5 September 2012 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Kursus ini ini telah dihadiri oleh 50 orang GPK1 dari sekolah ahli.Kesemua sekolah ahli telah menghantar peserta untuk taklimat ini…tahniah diucapkan. Kursus ini bertujuan memantapkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan GPK1.Slot pertama iaitu berkenaan Pembelajaran Abad ke-21 telah disampaikan oleh Encik Zabidi Bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNKL. Slot seterusnya iaitu berkenaan EduwebTv dan SSQS telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar iaitu Encik Zaini Bin Mohd.Endot.Kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya dimana peserta telah memberikan kerjasama yang baik semasa kursus berlangsung.Tahniah sekali lagi kepada peserta kursus.

01 August 2012

BENGKEL PEMANTAPAN SSQS PKG BANGSAR 2012



Bengkel Pemantapan Smart School Qualification Standards (SSQS) ini telah diadakan di Bilik Kuliah Perdana PKG Bangsar pada 1 Ogos 2012. Bengkel yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah melibatkan seramai 49/50 orang peserta yang terdiri daripada GiCT/GPB sekolah ahli PKG Bangsar Bengkel ini diadakan bertujuan memberi kefahaman yang mantap kepada GiCT/GPB mengenai pelaksanaan SSQS yang bertujuan menaikkan taraf bintang sekolah. . Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Zaini b. Mohd Endot,Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar. Turut membantu bengkel ini ialah En. Mohd.Sallehan Bin Ismail selaku juruteknik komputer PKG Bangsar. Secara keseluruhannya bengkel ini telah dapat mencapai matlamatnya.Tahniah kepada semua peserta.

12 July 2012

Gotong-Royong Perdana

Satu program gotong-royong perdana 2012 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, W.P. K.L telah diadakan pada 7 Julai 2012 di Pusat Kegiatan Guru Bangsar.Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd.Sanusi Saseetharan Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah ,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL).Pegawai dan kakitangan sokongan dari BTPNKL dan juga dari Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur telah sama-sama menjayakan program ini.Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengecat kaki lima
di bahagian atas bangunan, membersihkan landskap dan dewan kuliah.Program ini telah berakhir pada pukul 3.30 petang.Terima kasih dan tahniah kepa semua yang telah menjayakan program ini.





11 July 2012

TAKLIMAT I-NILAM PUSAT KEGIATAN GURU BANGSAR 2012




Taklimat I-Nilam telah diadakan di PKG Bangsar pada 13 Jun 2012. Taklimat bermula pada jam 2.00 petang ini telah dihadiri oleh 45/50 orang Guru Nilam/GPM dari ahli PKG Bangsar.Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Zaini Bin Mohd.Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar, dan dibantu oleh Encik Salehan Bin Ismail, juruteknik komputer PKG Bangsar.. Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan dan penggunaan I-Nilam secara ‘online’.Peserta ditunjukkan cara-cara mengimport data dari Sistem Maklumat Murid (SMM) ke sistem I-Nilam. Peserta juga telah ditunjukkan cara-cara mengemaskini data bacaan nilam setiap murid.Taklimat ini telah berjalan dengan lancer di mana peserta telah memahami cara –cara menggunakan sistem I-Nilam malahan ada antara sekolah ahli yang telah mengisi data bacaan nilam murid.Peserta diberi borang penilaian setelah selesai taklimat. Borang akujanji juga diedarkan bagi menilai keberkesanan taklimat ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta

12 May 2012

TAKLIMAT PEMBESTARIAN & INISIATIF ICT 2012




Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah mengadakan Taklimat Pembestarian Dan Inisiatif ICT 2012 kepada sekolah-sekolah ahli pada 25 April 2012.

Taklimat yang bermula pada jam 0830 ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta.Kesemua sekolah ahli telah menghantar peserta untuk taklimat ini…tahniah diucapkan. Taklimat bertujuan bagi menyampaikan makluman hal-hal berkaitan inisiatif-inisiatif ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar iaityu Encik Zaini Bin Mohd.Endot.Antara pengisian yang telah disampaikan aadalan berkenaan SSQS, STS, SPPICTS. Disamping itu, taklimat ini juga memberi peluang PKG Bangsar memaklumankan mengenai 1Email1Sekolah (la.(kodsekolah)@btpnkl.edu.my) untuk kegunaan sekolah dan para peserta bagi tujuan berkongsi maklumat.



Peserta diberi borang Akujanji agar maklumat dapat disampaikan ke pengetahuan warga sekolah disamping mereka perlu mengisi Borang Maklumat Diri Guru ICT / GPB untuk simpanan PKG.

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KOHORT 1 TAHUN 2012







Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kohort 1, telah diadakan di PKG Bangsar pada 16 hingga 20 April 2012. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh 28 orang Guru Perpustakaan dan Media atau GPM baru dari PKG Bangsar, Sentul dan Segambut Jaya.



Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GPM yang baru dilantik teknik mengurus PSS. Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, En. Zainuddin b. Hj. Othman telah menyampaikan slot beliau bagi tajuk Konsep Asas PSS dan Pengurusan / Pentadbiran PSS. Fasilitator dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan ialah Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin menyampaikan tajuk Proses teknik dan Pengkaalogan dan Pn. Rosilawati bt. Maabar pula menyampaikan dalam bidang iNILAM dan aktiviti galakan membaca.Encik Zaini Bin Mohd.Endot telah menyampaikan slot penggunaan dan promosi PSS dan Puan s.Fadilah Bte Md. Salleh telah menyampaikan slot Pengurusan Fail PSS

Peserta juga dibawa ke SK Bangsar untuk khidmat bantu PSS bagi mempraktikkan dan mengukuhkan kefahaman mereka situasi sebenar kursus dijalankan dengan bantuan fasilitator.