04 August 2011

Taklimat SSQS




Taklimat SSQS bagi Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Bangsar telah berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Bangsar. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai pelaksanaan SSQS dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Penyerahan bahan edaran CD Window XP, MS 2007, Window 7, MS 2010 dan panduan pemasangan perisian turut diadakan.Borang peralatan ICT sekolah, Sijil Akuan Penerimaan dan Surat Akujanji juga turut diberikan kepada semua sekolah ahli.

Tahniah dan ribuan terima kasih diatas kehadiran penuh wakil dari sekolah ahli yang melancarkan perjalanan taklimat pada kali ini.

Harapan kami agar sekolah ahli PKG Bangsar dapat meningkatkan pencapaian bintang (SSQS) yang lebih cemerlang pada tahun ini.


Bengkel Boneka Hasil Koloborasi PKG Bangsar dan PKG Segambut Jaya













Program koloborasi PKG Bangsar dan PKG Segambut Jaya telah berjaya menjalankan bengkel boneka pada 21 Julai 2011 di PKG Bangsar.

58 perserta terdiri daripada guru Bahasa Melayu tahap 1 sekolah rendah telah menghadiri bengkel tersebut. Peserta diberi pendedahan dan idea pelaksanaan Program Rakan Membaca dijalankan dengan menggunakan boneka yang telah dihasilkan.

Peserta bengkel begitu teruja apabila telah berjaya menghasilkan 4 jenis boneka iaitu boneka jari Finger puppets, Stick Puppets, Boneka Ulat dari span dan boneka dari stoking. .

Tahniah dan ribuan terima kasih kepada Pn. Rosilawati Maabar dan Pn. Haslizah Jibin serta semua peserta Bengkel Penghasilan Boneka yang berjaya menyempurnakan bengkel ini dengan suasana yang begitu ceria sehingga tamat sesi bengkel diadakan.



01 August 2011

Bengkel Penghasilan Blog Pusat Sumber Sekolah







19 julai 2011, PKG Bangsar telah mengadakan bengkel penghasilan blog pusat sumber sekolah. Seramai 47 peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini diadakan bagi GPM untuk membina sebuah blog bagi memperkenalkan pusat sumber sekolah.

Tahniah kepada semua GPM yang hadir kerana telah berjaya membina blog untuk pusat sumber sekolah.


Terima kasih
N.a.d