24 March 2011

MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011





MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2011 telah dijalankan dengan lancar

di Bilik Seminar, PKG Bangsar tepat jam 9.00 pagi pada 24 Mac 2011.

Pengerusi JKPA PKG Bangsar, Tn. Hj. Nordin b. Yaman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli kerana mesyuarat ini sentiasa mendapat respon yang begitu baik dari ahlinya. Seramai 46 daripada 50 orang wakil hadir ke mesyuarat pagi ini.

En.Zaini b. Mohd Endot telah memberi penjelasan lengkap mengenai Laporan Inisiatif ICT dan PSS bagi setiap sekolah ahli semasa mesyuarat dijalankan.

Selain itu, mesyuarat juga telah memberi mandat sepenuhnya kepada pihak PKG Bangsar untuk menggunakan kewangan JKPA dengan bijak demi kebaikan semua ahli.

Mesyuarat diakhiri dengan satu mesyuarat kecil oleh 4 Jawatankuasa Biro yang dijalankan serentak untuk membuat perancangan aktiviti tahunan biro.


Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bt Maabar

10 March 2011

TAKLIMAT GALAK GUNA DAN PROMOSI AKTIVITI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG BANGSAR 2011.





TAKLIMAT GALAK GUNA DAN PROMOSI AKTIVITI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG BANGSAR 2011.

Pengisian waktu rehat




Taklimat sehari merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit UPSP dan UPIM BTPNKL. Melalui taklimat ini GPM yang sediada dan yang baru dilantik diberi pendedahan mengenai aktiviti galak guna dan aktiviti teknopen yang perlu dilaksanakan sekolah mereka. Antara pengisian taklimat ini adalah:

1. Promosi BTPN dan PKG oleh En. Zaini Mohd Endot.

2. Portal Laman Web/Resos P & P ( UPIM ) oleh En. Zam Zam Hj Abdul Rahman.

3. Edu web TV oleh En. Hasruddin Hussin.

4. Taklimat PSS oleh Pn. Mahanum Ismail

5. Literasi Maklumat oleh Pn. Fauziah Ahmad

Seramai 49 daripada 50 orang guru GPM telah dibekalkan dengan nota dan bahan sokongan terkini semasa taklimat ini diadakan. Perserta juga akan diberi latihan secara hands-on mengikut jadual yang akan ditetapkan kelak.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua penceramah yang telah berjaya menyampaikan taklimat dengan begitu baik dan mendapat respons yang baik dari semua GPM.



Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

9mac2011

04 March 2011

TAKLIMAT INISIATIF ICT PKG BANGSAR 2011



TAKLIMAT INISIATIF ICT PKG BANGSAR 2011


Taklimat sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada GPB / GICT yang baru dilantik dan juga sebagai penambah ilmu pengetahuan kepada GPB/GICT yang sediada mengenai inisiatif inisiatif ICT yang perlu difahami dan dikuasai oleh mereka.

Selain itu mereka juga diberi bahan dan nota tambahan semasa taklimat ini diadakan.

Seramai 48 daripada 50 orang guru ICT telah menghadirkan diri ke sesi taklimat yang telah diberikan oleh En. Zaini Mohd Endot dan En. Abdul Halim Abu Samah dari Unit ICT BTPNKL.



disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

3Mac2011