21 September 2011

Pertandingan Pengurusan Sistem Fail PSS



Pertandingan Pengurusan Sisitem Fail PSS anjuran unit UPSP BTPNKL bagi sekolah ahli PKG Bangsar telah dijalankan pada 7 Sept.2011 yang lalu.

Pn. Mahanum Ismail dan Pn Arinawati Mod Yassin Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNKL pun membuat penilaian dan mengadili kesemua fail PSS sekolah ahli PKG Bangsar.

Penilaian yang dijalankan sehari ini telah mendapat maklumbalas yang baik dari kedua-dua penilai. Tahniah dan syabas kepada semua GPM sekolah ahli PKG Bangsar diatas inisiatif dan komintmen mereka di dalam penyediaan fail PSS.

Terima kasih juga kepada unit UPSP BTPNKL yang telah menjalankan Bengkel Post Mortem PSS yang mana diakhiri dengan Pertandingan Pengurusan Fail PSS ini.

19 September 2011

Kutipan SPPICTS kali kedua telah bermula


Dimaklumkan bahawa pada 11 Sept - 1 Okt 2011, SPPICTS akan memulakan kutipan data. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat sedikit masalah teknikal dan sedang diambil tindakan. Kutipan akan bermula sepenuhnya mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat sepenuhnya pada 8 Okt 2011.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

06 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.


Salam Ikhlas dari kami warga PKG Bangsar.

04 August 2011

Taklimat SSQS




Taklimat SSQS bagi Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Bangsar telah berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Bangsar. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai pelaksanaan SSQS dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Penyerahan bahan edaran CD Window XP, MS 2007, Window 7, MS 2010 dan panduan pemasangan perisian turut diadakan.Borang peralatan ICT sekolah, Sijil Akuan Penerimaan dan Surat Akujanji juga turut diberikan kepada semua sekolah ahli.

Tahniah dan ribuan terima kasih diatas kehadiran penuh wakil dari sekolah ahli yang melancarkan perjalanan taklimat pada kali ini.

Harapan kami agar sekolah ahli PKG Bangsar dapat meningkatkan pencapaian bintang (SSQS) yang lebih cemerlang pada tahun ini.


Bengkel Boneka Hasil Koloborasi PKG Bangsar dan PKG Segambut Jaya













Program koloborasi PKG Bangsar dan PKG Segambut Jaya telah berjaya menjalankan bengkel boneka pada 21 Julai 2011 di PKG Bangsar.

58 perserta terdiri daripada guru Bahasa Melayu tahap 1 sekolah rendah telah menghadiri bengkel tersebut. Peserta diberi pendedahan dan idea pelaksanaan Program Rakan Membaca dijalankan dengan menggunakan boneka yang telah dihasilkan.

Peserta bengkel begitu teruja apabila telah berjaya menghasilkan 4 jenis boneka iaitu boneka jari Finger puppets, Stick Puppets, Boneka Ulat dari span dan boneka dari stoking. .

Tahniah dan ribuan terima kasih kepada Pn. Rosilawati Maabar dan Pn. Haslizah Jibin serta semua peserta Bengkel Penghasilan Boneka yang berjaya menyempurnakan bengkel ini dengan suasana yang begitu ceria sehingga tamat sesi bengkel diadakan.



01 August 2011

Bengkel Penghasilan Blog Pusat Sumber Sekolah







19 julai 2011, PKG Bangsar telah mengadakan bengkel penghasilan blog pusat sumber sekolah. Seramai 47 peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini diadakan bagi GPM untuk membina sebuah blog bagi memperkenalkan pusat sumber sekolah.

Tahniah kepada semua GPM yang hadir kerana telah berjaya membina blog untuk pusat sumber sekolah.


Terima kasih
N.a.d

12 July 2011

Akan Datang

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker - eCards


1. 19 Julai 2011 - Bengkel Penghasilan Blog Pusat Sumber Sekolah



2. 21 Julai 2011Bengkel Penghasilan Boneka



3. 22 Julai 2011Bengkel Penyelarasan SSQS kepada GPB / GICT







Taklimat SSQS









Taklimat SSQS

Taklimat SSQS bagi Guru Penolong Kanan 1 sekolah ahli PKG Bangsar telah berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Bangsar. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai pelaksanaan SSQS dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Penyerahan bahan edaran CD Window XP, MS 2007, Window 7, MS 2010 dan panduan pemasangan perisian turut diadakan.Borang peralatan ICT sekolah, Sijil Akuan Penerimaan dan Surat Akujanji juga turut diberikan kepada semua sekolah ahli.

Tahniah dan ribuan terima kasih diatas kehadiran penuh wakil dari sekolah ahli yang melancarkan perjalanan taklimat pada kali ini.

Harapan kami agar sekolah ahli PKG Bangsar dapat meningkatkan pencapaian bintang (SSQS) yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Promosi BTPNKL oleh PKG Bangsar


Promosi BTPNKL oleh PKG Bangsar

Promosi BTPNKL telah dilaksanakan oleh En. Zaini Endot di PKG Bangsar.

Kumpulan sasaran pada kali ini ialah peserta kursus yang terdiri dari guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Soharto b. Baharen dari JPNWP.

21 April 2011

PERHIMPUNAN BULANAN BTPNKL APRIL 2011



‘AKAUNTABILITI’ TEMA PERHIMPUNAN BULANAN BTPNKL APRIL 2011

20 April 2011 – Perhimpunan Bulanan BTPNKL April 2011 dibawah kelolaan Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG telah berlangsung dengan jayannya di Bilik Cempaka, BTPNKL.

Bertemakan ‘Akauntabiliti’ Perhimpunan Bulanan BTPNKL April ini telah dihadiri oleh 34 orang warga BTPNKL dan juga PKG .

Selain dari memperkenalkan dua orang warga baru di BTPNKL , penyampaian sijil Kursus E-Perolehan, penyampaian hadiah hari lahir dan penyampaian sumbangan oleh Badan Kebajikan BTPNKL juga turut diadakan.

Tuntutan Perjalanan’ merupakan yang dibentangkan pada sesi Bicara Ilmu pada kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah, KPP BTPNKL.

15 April 2011

TAHNIAH SEKOLAH AHLI PKG BANGSAR


Tahniah dan terima kasih buat sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar
kerana telah mencapai 100% dalam kutipan pertama SPPICTS 2011.
Kami dari PKG Bangsar mengucapkan
ribuan terima tasih kerana telah memberi kerjasama.


PKG Bangsar



24 March 2011

MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011





MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2011 telah dijalankan dengan lancar

di Bilik Seminar, PKG Bangsar tepat jam 9.00 pagi pada 24 Mac 2011.

Pengerusi JKPA PKG Bangsar, Tn. Hj. Nordin b. Yaman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli kerana mesyuarat ini sentiasa mendapat respon yang begitu baik dari ahlinya. Seramai 46 daripada 50 orang wakil hadir ke mesyuarat pagi ini.

En.Zaini b. Mohd Endot telah memberi penjelasan lengkap mengenai Laporan Inisiatif ICT dan PSS bagi setiap sekolah ahli semasa mesyuarat dijalankan.

Selain itu, mesyuarat juga telah memberi mandat sepenuhnya kepada pihak PKG Bangsar untuk menggunakan kewangan JKPA dengan bijak demi kebaikan semua ahli.

Mesyuarat diakhiri dengan satu mesyuarat kecil oleh 4 Jawatankuasa Biro yang dijalankan serentak untuk membuat perancangan aktiviti tahunan biro.


Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bt Maabar

10 March 2011

TAKLIMAT GALAK GUNA DAN PROMOSI AKTIVITI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG BANGSAR 2011.





TAKLIMAT GALAK GUNA DAN PROMOSI AKTIVITI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG BANGSAR 2011.

Pengisian waktu rehat




Taklimat sehari merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit UPSP dan UPIM BTPNKL. Melalui taklimat ini GPM yang sediada dan yang baru dilantik diberi pendedahan mengenai aktiviti galak guna dan aktiviti teknopen yang perlu dilaksanakan sekolah mereka. Antara pengisian taklimat ini adalah:

1. Promosi BTPN dan PKG oleh En. Zaini Mohd Endot.

2. Portal Laman Web/Resos P & P ( UPIM ) oleh En. Zam Zam Hj Abdul Rahman.

3. Edu web TV oleh En. Hasruddin Hussin.

4. Taklimat PSS oleh Pn. Mahanum Ismail

5. Literasi Maklumat oleh Pn. Fauziah Ahmad

Seramai 49 daripada 50 orang guru GPM telah dibekalkan dengan nota dan bahan sokongan terkini semasa taklimat ini diadakan. Perserta juga akan diberi latihan secara hands-on mengikut jadual yang akan ditetapkan kelak.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua penceramah yang telah berjaya menyampaikan taklimat dengan begitu baik dan mendapat respons yang baik dari semua GPM.



Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

9mac2011