24 May 2010

PROMOSI BTPN/PKG


Isnin 24 mei 2010. Bermula jam 830am
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot memperkenalkan
laman web BTPNKL,PKG dan CerdikNet kepada Pembantu tadbir sekolah ahli. En.Zaini bin Mohd Endot juga menerangkan serba sedikit visi, misi, moto, organisasi dan produk mengenai BTPNKL.






disediakan oleh

n a d i a

17 May 2010

Selamat Hari Guru



Pantun Hari Guru
Dedikasi untuk semua guru

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru marilah raikan.




(Tersiar dalam Pelita Bahasa, Mei 2008)


PKG Bangsar

14 May 2010

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah


Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPNKL telah diadakan pada 03 hingga 07 Mei 2010 di PKG Kg. Pandan, Kuala Lumpur.Kursus ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta termasuk 13 orang peserta dari sekolah ahli PKG Bangsar yang merupakan Guru Perpustakaan Media (GPM) dari sekolah di Wilayah Persekutuan yang belum pernah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber . Manakala Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNWPKL dan PTP PKG merupakan urusetia dan juga penceramah bagi majlis tersebut. Kursus Asas yang berlangsung selama lima hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi kemahiran dari segi pengurusan PSS terutamanya bagi GPM yang baru dilantik pada Januari 2010.
”Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”


disediakan oleh.
Pn. Rosilawati bte Maabar

LAPORAN PEMANTAUAN LAN





Khamis 13 mei 2010, pada pukul 830am pemantauan projek LAN di SMK Bukit Bandaraya telah di buat oleh En.Zaini Bin Mohd Endot Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar dan Cik Nadia Bte Hairi Juruteknik Komputer. Hasil pemantauan, kerja yang dijalankan oleh syarikat masih belum siap dan masih lagi tiada sambungan untuk capaian schoolnet. Kerja yang dijalankan tidak mengikut spec dan terdapat kabel yang tidak kemas. Bagaimana pun PTP PKG Bangsar tidak menandatangani borang UAT kerana melihat hasil kerja syarikat yang belum siap.


disediakan oleh
n a d i a

10 May 2010

SPPICTS Telah Mencapai 100%


Terima Kasih Kami Ucapkan kepada Sekolah Ahli PKG Bangsar
kerana telah memberi kerjasama dalam mengisi maklumat SPPICTS
sehingga mencapai 100%.

Terima kasih juga kepada warga BTPNKL kerana telah memberi
sokongan kepada warga PKG Bangsar dalam memantau kutipan data SPPICTS.





"Terima Kasih"
P K G Bangsar