22 February 2010

Selamat menyambut maulidur rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
pada 26 february 2010




Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang
jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan
23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali
sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa
acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan
yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis
keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat
sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala
dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan
Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan
begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan,
sudah
Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada
Allah, ketika di dalam kesusahan
dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada
Allah dan mengharapkan
pertolongan dan kasih sayang
Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh
orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang
yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya