26 January 2010

Anugerah Pengurusan PKG Terbaik BTPNWPKL.


Pusat Kegiatan Guru Bangsar sekali lagi telah dinobatkan sebagai PKG terbaik dari segi pengurusan tahun 2009.

Anugerah Pengurusan PKG Terbaik 2009 ini merupakan anugerah yang ke dua yang diterima oleh PKG Bangsar setelah berjaya memperolehi Anugerah Pengurusan Program dan Aktiviti Terbaik pada tahun 2008.

Anugerah ini dinilai hasil dari pemantauan mengikut skema pemarkahan PKG Cemerlang yang telah dilaksanakan oleh Penolong Pengarah dan Pegawai PTP dari Unit Pengurusan PKG BTPNWPKL.


Antara perkara yang dinilai termasuklah laporan aktiviti, takwim, rancangan tahunan, fail meja dan pengurusan pusat sumber PKG.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua petugas di PKG Bangsar, En. Zaini Mohd Endot (PTP ), Pn. Rosilawati Maabar (PTP), En. Izam Ismail (PT) serta Cik Nadia Hairi (FT) yang sentiasa mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, mesra pelanggan serta memberikan komitmen yang begitu tinggi kepada tugasan, pelaksanaan dan pengurusan PKG Bangsar pada setiap masa.

Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah







Biro Pembangunan Pusat Sumber Sekolah JKPA PKG Bangsar telah berjaya menjalankan Bengkel Kepimpinan Pengawas PSS bagi sekolah ahli PKG Bangsar pada 19 Ogos 2009 yang lalu.
Program Ini merupakan program kedua berjaya dilaksanakan oleh JKPA pada tahun 2009. Seramai 88 orang peserta yang terdiri dari Pengawas PSS dari sekolah ahli telah menghadiri bengkel sehari ini.
Matlamat utama bengkel ini diadakan ialah untuk melahirkan pemimpin yang dan berwibawa yang berteraskan ciri-ciri kepimpinan sebagai pelapis dan penerus kepada pemimpin masakini.
Antara pengisian program adalah Ceramah mengenai Kepimpinan dan Pengurusan PSS oleh En. Chew dari SMK St Mary dan Pembentukan Etika dan Sahsiah Pengawas oleh En. Abd Hamid b. Selamat dari SK Petaling Satu. Selain dari itu aktiviti pengkatalogan buku juga diselitkan semasa aktiviti dalam kumpulan dijalankan.
Tn.Hj.Nordin b. Yaman, selaku Pengerusi JKPA PKG Bangsar telah menyempurnakan majlis perasmian dan dihadiri bersama Pn.Hjh.Noorayni bt Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNWPKL dan juga AJK Biro yang juga merupakan fasilitator bengkel.
Bagi acara penutup Bengkel Kepimpinan Pengawas PSS 2009, setiap peserta diberikan sijil penyertaan dan dua buah buku sebagai cenderahati.

Lawatan Biro PSS JKPA ke SMK King George V , Seremban



Biro Peningkatan PSS PKG Bangsar telah memilih SMK KING GEORGE V, Seremban sebagai destinasi untuk lawatan Penanda Aras pada 11 Ogos 2009.

Selain sebagai sebuah salah satu sekolah kluster yang unggul dari pelbagai bidang, pusat sumber sekolah (PSS) ini juga merupakan johan PSS cemerlang di peringkat kebangsaan. Berbagai perkongsian pengalaman dan informasi yang telah di perolehi semasa lawatan tersebut.

Rombongan di ketuai oleh En. Zaini b. Endot dan Pn. Rosilawati bt. Maabar, pegawai teknologi pendidikan (PTP) PKG Bangsar yang telah menjadikan lawatan ini satu kenyataan. Seramai 32 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) yang terdiri dari guru sekolah rendah dan memengah telah bersatu untuk merealisasikan objektif lawatan yang bertemakan “Kearah Pemantapan Professionalisme GPM dan Pengurusan PSS Cemerlang”.

Ketibaan kami disambut mesra oleh GPM SMK KING GEORGE V , Cik Ros Lee. Pemandangan kawasan perkarangan luar sekolah dihiasi dengan pokok bunga dan lanskap yang indah. Jam dinding yang diimport dari England masih lagi tersergam megah di perkarangan masuk sekolah tersebut. Kami diiringi ke Bilik Teaterette dimana perkongsian pengalaman dalam pengurusan PSS berlangsung.

Tn. Hj. Zakaria b. Md Zin, Pengetua Cemerlang yang telah mengikuti kursus di King’s College London, England telah memberi ucapan alu-aluan dan kata-kata semangat sebagai dorongan kepada GPM PKG Bangsar agar terus berkhidmat untuk PSS masing-masing. Cetusan idea bersama Pn. Zawakhir, Penolong Kanan Akademik juga memberikan pendedahan kepada peserta lawatan tentang galakan dan aktiviti membaca dikalangan murid. Tayangan slaid oleh GPM dan sesi soal-jawab juga turut diadakan.

Acara terakhir merupakan lawatan ke Pusat Kraftangan Negeri Sembilan yang terletak ditengah-tengah bandar Seremban untuk melihat tinggalan sejarah dan keunikan budaya dan adat Negeri Sembilan.

Adalah menjadi harapan BTPNWPKL,PKG Bangsar serta Biro Peningkatan PSS agar lawatan yang bermakna ini dapat membantu dari segi pengurusan PSS sekaligus dapat meningkatkan tahap professionalisme GPM pada masa akan datang.





19 January 2010

Perasmian Galeri PKG Bangsar

PERASMIAN Galeri PKG Bangsar telah pun disempurnakan oleh Encik Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah , Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL pada 7 Julai 2009 yang lalu.

Majlis perasmian yang dibuat secara ringkas ini telah dihadiri oleh para pegawai dari BTPNWPKL dan juga PTP PKG yang turut menghadiri Kursus Joomla di PKG Bangsar.

Galeri ini pada asalnya merupakan pejabat lama PKG Bangsar. Proses pengubahsuaian mengambil masa lebih kurang dua bulan dari kerja pembinaan, ubahsuai sehinggalah kerja kemasan lantai dan siling yang terakhir.

Pameran Fotografi yang memenuhi ruang pameran di dalam galeri ini adalah hasil karya AJK Kelab Fotografi iaitu En. Salim Mohd Dom, Encik Shamsul Kamal Zakaria dan Encik Mohd Noor Sabar.

Berbagai tema dan teknik fotografi yang dipamerkan meliputi alam semulajadi, manusia dan haiwan dengan pelbagai komposisi dan teknik suntingan foto Adobe Photoshop serta foto jalanan . Pameran ini bukan sahaja dapat memperluaskan idea para pencinta fotografi untuk terus berkarya malahan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sejarar dengan fotografi yang merupakan niche area bagi PKG Bangsar, maka dengan adanya galeri ini akan melengkapkan lagi keperluan selain dari meningkatkan minat ahli Kelab Fotografi Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur agar terus maju berkarya di PKG Bangsar.

Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah, beliau telah mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan tindakan proaktif yang telah diambil oleh Cik Hjh Narizah , PTP DGA34 dan Pegawai PKG Bangsar yang berjaya merealisasikan Galeri tersebut. Walaubagaimanapun beliau berharap agar galeri akan menempatkan produk dan bahan Bahagian Teknologi Pendidikan, BTPNKL dan PKG selaras dengan Visi dan Misi kita.

Ditulis oleh Rosilawati Bt Maabar
Isnin, 27 Julai 2009 18:12

Bengkel Adobe Photoshop CS4 oleh Kelab Fotografi

Kelab Fotografi telah berjaya menjalankan aktiviti keduanya di PKG Bangsar pada hari sabtu 25 Julai 2009 yang lalu.

Encik Shamsul Kamal selaku AJK Kelab Fotografi juga sebagai penceramah telah dibantu oleh Encik Junaidi ,tenaga pengajar dari Institut latihan Perindustrian untuk menjalankan Bengkel Adobe Photoshop CS4 ini.


Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Hjh Narizah Mohd Yusoff ,mantan PTP BTPNWPKL dan juga pengasas penubuhan kelab dan galeri serta beberapa AJK seperti Encik Mohd Noor Sabar dari BTP KPM dan juga Encik Putra b Ahmad, Guru Besar SK Sungai Besi.

Seramai 20 orang peserta terdiri dari ahli Kelab Fotografi telah dipilih dan dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Antara pengisian bengkel ialah asas Adobe Photoshope CS4 untuk suntingan foto.

Acara kemuncak bagi bengkel ini ialah lawatan dan penerangan khas ke Galeri PKG Bangsar yang terletak di tingkat atas bangunan PKG. Kewujudan ke galeri ini telah memberikan satu kejutan khasnya kepada penceramah dan AJK Kelab Fotografi serta peserta yang hadir.

Kekaguman mereka melihat keindahan seni binaan dalaman galeri ini bertambah apabila melihat bahan yang dipamerkan adalah hasil kerja mereka sendiri dan selari dengan tajuk bengkel yang sedang dijalankan.

Penerangan oleh Encik Mohd Noor dan Encik Shamsul Kamal


Menurut Encik Shamsul Kamal, "Belum pernah saya lihat dan saya tidak menyangka sama sekali wujudnya Galeri yang begitu ekslusif sekali ada di PKG Bangsar. Ini menunjukkan begitu seriusnya pihak BTPNKL dan PKG Bangsar di dalam bidang Fotografi".

Beliau juga akan menwar-warkan kepada ASFON Malaysia mengenai kewujudan galeri ini dan juga berhasrat untuk menjalankan aktiviti bersama ASFON dan Kelab Fotografi di PKG Bangsar pada masa yang akan datang.

Peserta, penceramah dan AJK Kelab Fotografi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak BTPNWPKL dan juga PKG Bangsar dengan wujudnya Galeri PKG Bangsar.

Menurut Cik Hjh Narizah, beliau sangat teruja dan mengharapkan agar Kelab Fotografi dapat menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin .Adalah menjadi harapan beliau agar Kelab Fotografi ini akan berjaya di persada seni Fotografi dan beliau sentiasa memberi sokongan moral bagi kelab ini.Selain itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dari peringkat awal perancangan, pembinaan sehinggalah terbinanya galeri ini.

Encik Mohd Noor Sabar bercadang untuk mengadakan bengkel asas fotografi sebelum ahli kelab ini dibawa untuk pengambaran di luar (outings) untuk subjek alam semulajadi.





Ditulis oleh Rosilawati Bt Maabar
Isnin, 27 Julai 2009 13:14

18 January 2010

PKG BANGSAR

SURAU PKG BANGSARPENTAS DEWAN
DEWAN KULIAH

GELERI PHOTO
RUANG REHAT PEJABAT
HALAMAN

KORIDOR
PINTU MASUK