27 October 2010

Kursus Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Fotografi








FOTO BANGUNAN BERSEJARAH KL SEBAGAI BAHAN P&P BERJAYA DIHASILKAN OLEH PESERTA KURSUS FOTOGRAFI DI PKG BANGSAR.

Bengkel Penghasilan Bahan P & P Berasaskan Fotografi anjuran oleh Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM) , BTPNKL dijalankan di PKG Bangsar mulai 18 oktober 2010 sehingga 22 oktober 2010.

Bengkel selama lima hari ini dihadiri olehi 24 orang peserta yang terdiri daripada staf BTPNKL, Juruteknik PKG, JPN WP serta guru-guru dari sekolah yang terpilih.

Penceramah undangan dari BTPN Selangor iaitu En. Mohd Noor b. Mohd Yasin yang mahir dalam fotografi telah pun mengendalikan bengkel tersebut dengan jayanya.

Melalui kemahiran fotografi yang diberi, di akhir bengkel tersebut peserta kursus telah berjaya menghasilkan foto-foto bangunan bersejarah di Kuala Lumpur untuk dijadikan bahan P&P selain dari mendapat peluang mempelajari teknik ’model shoot’ di dalam pengisian kursus.


*Untuk melihat Koleksi gambar yang di petik oleh semua peserta Kursus, sila lihat di ruangan KOLEKSI AKTIVITI PKG BANGSAR.

26 October 2010

BENGKEL TEKNOPEN 2010




BENGKEL TEKNOPEN 2010

Bengkel Teknopen 2010 anjuran Unit Hal Ehwal PKG telah

Dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Bangsar pada 26 oktober 2010.

Bengkel sehari ini dihadiri oleh 37 orang peserta yang terdiri dari

Guru Media dan Guru Perpustakaan Media dari lima buah PKG

iaitu PKG Pudu, PKG Pandan, PKG Keramat, PKG Segambut

Jaya dan PKG Bangsar.

Taklimat bengkel , penilaian dan pemurnian bengkel telah

dilaksanakan oleh Pengurus Bengkel, Pn. Hjh. Noorayni Othman

dari BTPNKL. Manakala Pengenalan dan Penggunaan Eduweb

TV dijalankan oleh En. Zaini Mohd Endot dan Pengenalan dan

Penggunaan Kampus Astro pula dijalankan oleh En. Abd. Hamid

Abdullah dari PKG Keramat.



Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

LAPORAN PEMANTAUAN LAN SMK SERI PANTAI







Pemantauan dibuat pada 14/10/2010 oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Pn.Rosilawati bte Maabar dan Juruteknik Komputer PKG Bangsar, Cik Nadia bte Hairi. Hasil dari Pemantauan, kerja-kerja pemasangan masih belum siap sepenuh nya. Bagaimana pun borang UAT belum ditandatangani. Syarikat diberi tempoh sehingga 18/10/2010 untuk menyiapkan pemasangan.

11 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Dengan ini kami warga dari PKG Bangsar,
memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap semasa menjalankan tugas.
Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat.


Awalnya rahmat pertengahannya magrifah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan.

30 July 2010

Tahniah ! IQ-PSS PKG Bangsar capai 100%


Jumaat 30 Julai 2010.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua GPM sekolah ahli PKG Bangsar (50 buah sekolah) yang telah berjaya mengemaskini Instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah Berkomputer (IQ-PSS 2010).
Jadikanlah iQ-pss ini sebagai panduan untuk mencapai pengurusan PSS yang cemerlang.


Disediakan oleh.
Pn.Rosilawati bte Maabar

28 July 2010

Sistem Penarafan SSQS JULY 2010

Sistem penarafan SSQS telah bermula, diminta semua sekolah ahli PKG Bangsar memberi kerjasama.

pergisian bermula pada
19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang.


harap maklum

13 July 2010

TAHNIAH 100% SPPICTS FASA 2

Tahniah kepada semua sekolah ahli PKG BANGSAR kerana telah berjaya mencapai 100% SPPICTS pada 9 JULAI 2010.

TERIMA KASIH SEMUA

25 June 2010

PENGUMPULAN DATA SPPICTS Bil.2/2010.


Untuk makluman semua yang terlibat dalam SPPICTS, semua sekolah
dikehendaki tanda dan menjawab semua dimensi yang ada iaitu:

1. Makmal Komputer
2. Capaian Internet
3. Perisian Kursus Pendidikan
4. Peralatan PPSMI
5. Perkongsian Pintar
6. EduWebTV
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai Pkg untuk maklumat lanjut.

24 June 2010

Bengkel Penyelarasan PKP-04




Pada Rabu 16 Jun 2010, Unit Hal ehwal Pusat kegiatan Guru telah mengadakan Bengkel Penyelarasan PKP-04 di PKG Pudu.

Pegawai Teknologi Pendidikan yang terlibat dalam bengkel ini ialah En. Mohd Sanusi Saseetharan B. Abdullah Ketua Penolong Pengarah BTPNKL dan Encik Zainuddin B. Othman, En. Mohd. Zabidi Ismail, Hajjah Noorayni Bt. Othman, En. Abd Halim B. Abu Samah, En. Nazri B. Ishak selalu pengurus PKP-04.

03 June 2010

PROGRAM LAWATAN STUDY TRIP TO MALAYSIA FOR WEST 6 SECONDARY MALAY LANGUAGE TEACHERS, SINGAPORE








Sesi lawatan dibuat oleh guru-guru bahasa melayu dari sekolah-sekolah dalam west 6 cluster, Singapore dari 2 hingga 5 jun 2010. Pegawai PKG Bangsar yang terlibat Pn.Rosilawati bte Maabar, Pegawai Teknologi Pendidikan dan Cik Nadia bte Hairi Juruteknik Komputer PKG Bangsar.

`Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mempelajari sistem pengajaran Bahasa Melayu terutama dari aspek pembacaan secara intensif yang diharap akan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar Singapura untuk mempelajari Bahasa Melayu dan menanam semangat membaca di kalangan mereka.



disediakan oleh

n a d i a

24 May 2010

PROMOSI BTPN/PKG


Isnin 24 mei 2010. Bermula jam 830am
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot memperkenalkan
laman web BTPNKL,PKG dan CerdikNet kepada Pembantu tadbir sekolah ahli. En.Zaini bin Mohd Endot juga menerangkan serba sedikit visi, misi, moto, organisasi dan produk mengenai BTPNKL.






disediakan oleh

n a d i a

17 May 2010

Selamat Hari Guru



Pantun Hari Guru
Dedikasi untuk semua guru

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru marilah raikan.




(Tersiar dalam Pelita Bahasa, Mei 2008)


PKG Bangsar

14 May 2010

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah


Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPNKL telah diadakan pada 03 hingga 07 Mei 2010 di PKG Kg. Pandan, Kuala Lumpur.Kursus ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta termasuk 13 orang peserta dari sekolah ahli PKG Bangsar yang merupakan Guru Perpustakaan Media (GPM) dari sekolah di Wilayah Persekutuan yang belum pernah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber . Manakala Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNWPKL dan PTP PKG merupakan urusetia dan juga penceramah bagi majlis tersebut. Kursus Asas yang berlangsung selama lima hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi kemahiran dari segi pengurusan PSS terutamanya bagi GPM yang baru dilantik pada Januari 2010.
”Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”


disediakan oleh.
Pn. Rosilawati bte Maabar

LAPORAN PEMANTAUAN LAN





Khamis 13 mei 2010, pada pukul 830am pemantauan projek LAN di SMK Bukit Bandaraya telah di buat oleh En.Zaini Bin Mohd Endot Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar dan Cik Nadia Bte Hairi Juruteknik Komputer. Hasil pemantauan, kerja yang dijalankan oleh syarikat masih belum siap dan masih lagi tiada sambungan untuk capaian schoolnet. Kerja yang dijalankan tidak mengikut spec dan terdapat kabel yang tidak kemas. Bagaimana pun PTP PKG Bangsar tidak menandatangani borang UAT kerana melihat hasil kerja syarikat yang belum siap.


disediakan oleh
n a d i a

10 May 2010

SPPICTS Telah Mencapai 100%


Terima Kasih Kami Ucapkan kepada Sekolah Ahli PKG Bangsar
kerana telah memberi kerjasama dalam mengisi maklumat SPPICTS
sehingga mencapai 100%.

Terima kasih juga kepada warga BTPNKL kerana telah memberi
sokongan kepada warga PKG Bangsar dalam memantau kutipan data SPPICTS.





"Terima Kasih"
P K G Bangsar

30 April 2010

PERHATIAN

AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010 (iQ-PSS 2010) TELAH BERMULA

Makluman untuk semua GPM


Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.

Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.

20 April 2010

Khidmat Bantu Eduweb tv di Sekolah Kebangsaan St. Teresa (1)




Selasa jam 1230pm,En.Zaini bin Mohd Endot Pegawai Teknologi Pendidikan Dibantu oleh Pn.Rosilawati bte Maabar dan Cik Nadia bte Hairi Juruteknik Komputer memberi khidmat bantu mengenai Eduweb TV di Sekolah Kebangsaan St. Teresa (1).



Disediakan oleh n a d i a

Promosi BTPN/PKG


Selasa, 20 April 2010 bermula jam 830 pagi
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot mempromosi
laman web BTPNKL,PKG dan CerdikNet kepada Kerani-kerani Kewangan sekolah dan PPD Pudu/Bangsar.
En.Zaini bin Mohd Endot juga menerangkan serba sedikit visi, misi, moto, organisasi dan produk mengenai BTPNKL.



Disediakan oleh n a d i a

19 April 2010

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Berikut adalah peratus sekolah yang siap menjawab setakat 10 pagi,16 April 2010.



2. Seperti yang dapat dilihat, peratus pengisian adalah rendah. Walaupun kami telah membaiki beberapa aspek berkaitan aplikasi dan rangkaian, tetapi pengguna masih menghadapi masalah. Daripada maklum balas yang diterima, masalah utama ialah yang berkaitan fungsi 'simpan' atau 'save' data yang diisi oleh pengguna.

3. Oleh yang demikian, pasukan teknikal telah membuat penambahbaikan lagi dan mengesyorkan agar menyahaktifkan fungsi cetak borang yang telah diisi oleh sekolah. Kami dapati input data menjadi sangat cepat selepas fungsi tersebut dinyahaktifkan. Sila ambil maklum bahawa fungsi cetak dokumen tidak aktif dan abaikan arahan cetak buat sementara waktu.

4. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang maklum balas, sila emel kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

______________________________________________________

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010


Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
* Fungsi Cetak Dokumen tidak aktif. Sila abaikan arahan cetak buat sementara waktu

Bil

Tarikh

Bil. Hari

Negeri

1.

12 - 13 April 2010

2

Johor

2.

14 - 15 April 2010

2

Perak

3.

16 April 2010

1

Melaka & Perlis

4.

17 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

5.

18 April 2010

1

Kelantan

6.

19 - 20 April 2010

2

Sabah

7.

21 - 23 April 2010

3

Sarawak

8.

24 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

9.

25 - 26 April 2010

2

Kedah

10.

27 - 28 April 2010

2

Selangor

11.

29 April 2010

1

Negeri Sembilan

12.

30 April 2010

1

Pahang

13.

1 Mei 2010

1

Cuti Umum - Hari Pekerja

14.

2 Mei 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

15.

3 Mei 2010

1

Pulau Pinang

16.

4 Mei 2010

1

Terengganu

17.

5 Mei 2010

1

WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

18.

6 - 9 Mei 2010

4

Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:

· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri.

· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat

01 April 2010

Laporan Pemantauan Naik Taraf LAN



Laporan Pemantauan Naik Taraf LAN

Pada Khamis, 1 april 2010 bermula jam 930 pagi
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot dan Juruteknik Komputer Cik Nadia bte Hairi disertai En.Noor Leza bin Mansor Pegawai BTPNKL
telah pergi memantau Sekolah Kebangsaan Desa Tasik bagi melihat sendiri jarak blok dan lokasi untuk menempatkan switch dan access point bagi program naik taraf LAN. Pemantauan dibantu oleh En.Zawawi bin Karim GPB SK Desa Tasik.



disediakan oleh
n a d i a

30 March 2010

LAWATAN TAPAK PROJEK POC (PROOF OF CONCEPT)



Selasa, 30 mac 2010.
Pegawai yang terlibat dari BTP, Cik Aiminnoor dan pegawai-pegawai dari PKG BANGSAR En.Zaini bin Mohd Endot dan Cik Nadia Bte Hairi.

Perbincangan Bermula pada pukul 12tgh hari di makmal Komputer Sekolah Kebangsaan pengkalan tentera darat.
Pegawai-pegawai dari Syarikat APEX juga turut hadir untuk menerangkan tujuan dan fungsi POC.



disediakan oleh
n a d i a

25 March 2010

(SPPICTS) 2010




Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) 2010
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:

1. Pusat Akses Sekolah
2. Makmal Komputer
3. Capaian Internet
4. Perisian Kursus Pendidikan
5. Peralatan PPSMI
6. Perkongsian Pintar
7. EduWebTV
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:

a. 21 Mac hingga 9 April 2010
b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010
c. 19 September 8 Oktober 2010

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

09 March 2010

Mesyuarat Agong JKPA PKG Bangsar.



Mesyuarat Agong JKPA telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Bangsar pada 9 MAC 2010.
Semua Pegawai dari PKG Bangsar dan En. Zainuddin bin Hj. Othman dari BTPNKl terlibat dalam Mesyuarat Agong JKPA.
Seramai 45 orang ahli termasuk, Pengetua,Guru Besar,
Penolong Kanan dan wakil dari sekolah menghadiri Mesyuarat kali ini.

Tarikh : 9 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi - 12.30 pm
Tempat : Dewan Kuliah, Pusat Kegiatan Guru Bangsar





Disediakan Oleh nadia

08 March 2010

29th KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR 2010



Date: 19 - 28 March 2010

Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Time:

* Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
* Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)

How to get to the Fair?

View Larger Map

By car:

* Parking:
o PWTC - 750 bays
o The Mall - 1500 bays
o Hentian Putra - 1200 bays

* Parking rates:
o RM3.00 first hour
o RM1.50 subsequent half hour
o RM3.50 per entry after 6.00pm




By Light Rail Transit (LRT):

*
Star LRT

o If you are taking the Star LRT, stop at the PWTC station. The centre is within walking distance from the PWTC Star LRT station.

*
Putra Line

o If you are taking the Putra Line, stop at the Masjid Jamek Station and take the STAR LRT to the PWTC Station.

*
KTM Commuter & KL Monorail

o If you are taking the KTM Commuter, stop at KL Sentral Station first. Next, take the Putra Line to the Masjid Jamek Station. To reach PWTC, take the Star LRT from Masjid Jamek Station to the PWTC Station.

04 March 2010

Taklimat Penyelarasan Tugas Guru Penyelaras Bestari (GPB) Guru Penyelaras ICT(GICT)


Taklimat Penyelarasan Tugas Guru Penyelaras Bestari (GPB) Guru Penyelaras ICT(GICT).
Anjuran Unit UPICT BTPNKL telah diadakan di PKG Bangsar, mulai 3 MAC 2010 sehingga 5 MAC 2010. Sebanyak enam PKG di seluruh wilayah persekutuan kuala lumpur terlibat dalam taklimat penyelarasan.

Tarikh : 3 mac 2010 - PKG SENTUL & PKG PUDU
4 mac 2010 -
PKG BANGSAR & PKG KERAMAT
5 mac 2010 - PKG SEGAMBUT JAYA & PKG KG PANDAN

Tempat : PKG Bangsar, Bilik Kuliah.

Masa : 7am - 430pm

Terima kasih kepada pegawai-pegawai BTPNKL dan PKG yang hadir
membantu menguruskan bengkel ini. Harap maaf jika

terdapat kekurangan ketika menghadiri bengkel ini.







































disediakan oleh
Nadia