12 January 2016

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan 1 ke SJKT Jalan Bangsar



Pada 11/1/2016, YB Tuan P.Kamalanathan a.l P.Panchanathan,  Timbalan Menteri Pendidikan 1 berbesar hati melawat SJKT Jalan Bangsar, WPKL. Turut hadir dalam lawatan bersama YB, adalah Puan Hajah Foziah binti Buang, Pengarah Pendidikan Negeri WPKL, Tuan Haji Ismail bin Musa, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu, Ketua-ketua sektor, Pengerusi MIC cawangan Lembah Pantai serta Pengerusi PIBG SJKT Jalan Bangsar.

Objektif utama lawatan kerja YB adalah mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk dibawa ke mesyuarat tertinggi KPM dan seterusnya membantu samada dari segi kewangan, penyelenggaraan, naiktaraf bangunan ataupun pemberian peralatan.

Dalam lawatan kerja tersebut, YB turut meninjau sesi P&P yang berlaku disekolah selain dari melihat sendiri isu-isu yang telah dimaklumkan pada sesi soal jawab pada awalnya. Secara keseluruhannya, YB berpuas hati dengan tahap pencapaian murid, penglibatan guru-guru sekolah dalam proses P&P serta program-program yang telah dirancangkan oleh JPWP KL serta sokongan kuat dari PIBG sekolah. YB berjanji akan seberapa segera membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Turut disertakan beberapa keping gambar semasa lawatan kerja YB di SJKT Jalan Bangsar.



Disediakan oleh; MSY