16 December 2015

Terima Kasih Encik Mohd Zabidi bin Ismail

Jasamu Dikenang

Tarikh 15 Disember, 2015 adalah hari terakhir buat Encik Mohd Zabidi bin Ismail bertugas sebagai Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan di BTPN WPKL. Setelah 12 tahun berkhidmat di PKG Pudu, PSPN WPKL dan BTPN WPKL, beliau kini akan memulakan tugas baru sebagai Penyelia Kanan Sukan di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Shah Alam. Selamat maju jaya dan terima kasih Encik Mohd Zabidi bin Ismail. Semoga Allah memberkati segala usaha ikhlas anda.



*Dari laman sesawang BTPNKL