06 November 2015

Mesyuarat Calon Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan WPKL bersama Kota Buku

   Satu mesyuarat antara SJKC Chong Wen (Johan PSS Cemerlang SR Negeri KL) serta SMK Bdr Baru Seri Petaling (Johan PSS Cemerlang SMK KL) "kedua-duanya adalah sekolah ahli PKG Bangsar" bersama Kota Buku yang dianjurkan oleh UPSP BTPNKL telah diadakan di Pejabat Kota Buku,Maju Junction pada 6/11/2015.. Mesyuarat ini membincangkan kolaborasi yang sesuai dilaksanakan bagi persediaan kedua sekolah untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada tahun hadapan.

05 November 2015

Bengkel VLE Frog SK Desa Petaling

Pada 5/11/2015, En S'aleh B Osman (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar) telah dijemput untuk memberi Bengkel VLE Frog kepada 80 orang murid tahun 5 SK Desa Petaling. Bengkel yang dijalankan di PSS sekolah tersebut telah dilaksanakan secara teori dan pelajar diminta untuk membuat pembentangan tentang tatacara untuk log in, muat-naik buku,video, gambar dan audio.

02 November 2015

Bengkel Penggunaan Google Dalam Pengurusan Pendidikan

Pada 30 Oktober 2015 bertempat di Makmal Komputer PKG Sentul,telah diadakan bengkel terakhir anjuran PKG Bangsar dimana 40/51 kehadiran guru telah hadir. Bengkel satu hari ini yang disampaikan oleh En Asif Mushadat B Saha (Pegawai Teknologi Pendidikan UBest BTPNKL) bertujuan mendedahkan tatacara penggunaan dan tetapan Email Gmail, Google Drive, Google Doc, Google Sheet, Google Form dan Floorplan.