08 August 2014

SSQS 2014

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri untuk semua.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Penarafan bagi tahun ini akan dijalankan pada 14 Julai hingga 30 Ogos. Sehubungan itu, penarafan akan dijalankan menggunakan platform penarafan yang baharu. Bagi memudahkan sekolah ahli PKG Bangsar mengisi borang penarafan tersebut, pihak PKG Bangsar telah menyediakan pautan URL SSQS 2014 dibawah bagi:

-Keempat-empat skop yang dipantau (Pentadbir,GPM,Guru & Murid)
-Panduan SSQS (tatacara penggunaan dan soft-copy soalan)
-Log masuk Admin (data token dan status pengisian)


http://www.ssqswpkl.btpnsel.edu.my/index.php


Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG Bangsar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Taklimat SSQS