25 May 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG BAngsar 2014




LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG BANGSAR 2014

       Pada 22 Mei 2014 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bangsar telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2014. Seramai 52 orang Pengetua dan Guru Besar telah terlibat di dalam mesyuarat tersebut bersama Pegawai Pusat Kegiatan Guru Bangsar iaitu En Zaini B. Mat Endot dan En S’aleh B Osman.

        Mesyuarat JKPA 2014 bertujuan untuk membincangkan beberapa agenda utama iaitu pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2014, perkara berbangkit , laporan aktiviti PKG Bangsar 2014 dan Hal-hal lain.
 
         Minit Mesyuarat JKPA 2013 telah dibentangkan oleh En. Zaini b. Mohd Endot , manakala Pn Rohana Bt Majid, SMK Vivekananda, mencadang Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2012 diterima dan disokong sebulat suara.

       En. Zaini b. Mohd Endot melaporkan laporan SSQS,IQPSS,I-Nilam dan SPS sekolah-sekolah ahli secara umum. Laporan lengkap bagi setiap sekolah telah disertakan di dalam Buku Laporan JKPA 2014. Beliau juga mengingatkan bahawa keperluan untuk aktif penggunaan VLE-Frog serta perlu untuk membina Sites.

Mesyuarat JKPA telah ditangguhkan pada 12.00 tengahari. 




05 May 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) SK BANDAR BARU SERI PETALING 1

Pada 23 dan 24 April 2014 yang lepas, bertempat di SK Bandar Baru Seri Petaling 1 telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 7 orang peserta termasuk Guru ICT (GICT) SK Bandar Baru Seri Petaling 1 telah terlibat di dalam bengkel ini. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan rangkaian dalaman (LAN) di dalam pejabat, bilik Guru Besar serta bilik-bilik Guru Penolong Kanan sekolah. Selain itu, pemasangan Wireless Access Point juga dibuat di bilik guru. Selain itu juga bengkel ini dapat dijadikan penanda aras bagi program khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang lain pada masa akan datang.



                
Pada pukul 8.30 pagi, bengkel khidmat bantu ini dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para peserta. Selaku pengendali program, ucapan alu-aluan kepada para peserta telah disampaikan oleh Encik Mohd Seth Bin Yusof, Juruteknik Komputer PKG Bangsar. Seterusnya, taklimat ringkas berkenaan spesifikasi kerja juga telah disampaikan kepada para peserta. Selepas minum pagi, kerja-kerja pemasangan kabel rangkaian dipejabat dimulakan pada jam 10.30 pagi. Dengan menggunakan kabel Cat 6 sebanyak 8 network point dipejabat sekolah dan 1 dibilik guru dibuat seperti yang dicadangkan. Kesemua rangkaian dalaman tersebut akan disambungkan ke access switch.
                Pada 24 April 2014 iaitu hari kedua,kerja-kerja pemasangan diteruskan. Satu wireless access point yang baru telah dipasang dibilik guru. Setelah kerja-kerja terakhir diselesaikan, satu majlis penutup dan penyampaian sijil penghargaan kepada PKG Bangsar telah dibuat oleh pihak sekolah sebagai tanda terima kasih di atas bengkel khidmat bantu ini. Secara keseluruhannya, bengkel khidmat bantu ini telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kepada PKG Bangsar dan BTPNKL telah memudahkan kerja-kerja khidmat bantu ini dijalankan. Disamping itu juga, komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan sikap sentiasa ingin membantu antara sebab bengkel ini berjalan lancar.

                Reaksi positif yang diterima menunjukkan bahawa bengkel seumpama ini wajar diteruskan di semua sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan agar semua sekolah di Kuala Lumpur tidak lagi mengalami masalah gangguan capaian internet  ataupun masalah tiada rangkaian dan seterusnya capaian internet yang dibekalkan iaitu 1Bestari Net dapat digunakan dengan sepenuhnya. Selaku penganjur program, pihak PKG Bangsar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para peserta dan pihak sekolah di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berjalan.