20 March 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN “VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) PERINGKAT NEGERI (PKG BANGSAR)

        Pada 17 hingga 19 March 2014 yang lepas, bertempat di PKG Bangsar bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang selama 3 hari,telah berlangsungnya Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran “Virtual Learning Enviroment (VLE) Peringkat Negeri (PKG Bangsar). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membina laman pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1. Seramai 2 orang jurulatih VLE-Frog (En Norizam B Zaman “SK Brickfields 2” dan Pn Nor Haniza Bt Hasim “Sk St. Teresa 1”), 2 orang jurulatih utama mata pelajaran Sejarah (En Muhd Ikhwan B Muhd Noor “SMK Bukit Jalil” dan En T. Loganathan A/L S. Tarmalingam “SMK Vivekananda”) dan 10 orang guru mata pelajaran Sejarah dari 10 buah sekolah menengah,sekolah ahli PKG Bangsar terlibat dalam bengkel ini. En Zaini B Mohd Endot,pegawai dari PKG Bangsar juga bertindak sebagai fasilitator dan urusetia dibantu oleh staf-staf PKG Bangsar yang lain.


       Sasaran utama bengkel ini adalah supaya peserta dapat membina 20 laman pembelajaran (sites) bagi Bab 1 mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 yang bertajuk “Sejarah Dan Kita”, dimana “sites” yang akan dibina menggunakan tapak akaun VLE-Frog Sekolah Maya (https://sekolahmayakpm.1bestarinet.net) bagi menempatkan 16 “sites” bagi PKG Bangsar ( YES ID: pkgbangsar@yes.my) dan 4 “sites” bagi Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL) (YES ID:
btpnwpkldua@yes.my )
        Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan “pengenalan isi kandungan bahan” oleh jurulatih utama mata pelajaran Sejarah dan dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan diamanahkan membina “sites” bagi 1 sub topik bab 1 Sejarah Tingkatan 1. Setelah itu, En Zaini B Mohd Endot pula bertanggungjawab menyampaikan taklimat berkenaan tatacara penggunaan Frog VLE terutamanya tatacara pembinaan “sites” kepada peserta. Pada hari kedua dan ketiga,para peserta tekun dan bertungkus lumus membina dan menyiabkan “sites” masing-masing.
       Seperti yang dirancang, pada akhir bengkel ini, 20 laman pembelajaran (sites) telah berjaya dibina oleh peserta bengkel dengan jayanya dan hasil kerja peserta ini telah dihantar kepada “MoE repository” untuk pengesahan dan tindakan lanjut. Berkat kerjasama yang baik antara pihak urusetia yang sangat membantu bersama jurulatih utama berpengalaman dan peserta yang sangat proaktif,dilihat kunci utama bengkel ini
berjaya dijalankan dengan mencapai matlamat yang telah disasarkan.

No comments:

Post a Comment