20 March 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN “VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) PERINGKAT NEGERI (PKG BANGSAR)

        Pada 17 hingga 19 March 2014 yang lepas, bertempat di PKG Bangsar bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang selama 3 hari,telah berlangsungnya Bengkel Pembangunan Laman Pembelajaran “Virtual Learning Enviroment (VLE) Peringkat Negeri (PKG Bangsar). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membina laman pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1. Seramai 2 orang jurulatih VLE-Frog (En Norizam B Zaman “SK Brickfields 2” dan Pn Nor Haniza Bt Hasim “Sk St. Teresa 1”), 2 orang jurulatih utama mata pelajaran Sejarah (En Muhd Ikhwan B Muhd Noor “SMK Bukit Jalil” dan En T. Loganathan A/L S. Tarmalingam “SMK Vivekananda”) dan 10 orang guru mata pelajaran Sejarah dari 10 buah sekolah menengah,sekolah ahli PKG Bangsar terlibat dalam bengkel ini. En Zaini B Mohd Endot,pegawai dari PKG Bangsar juga bertindak sebagai fasilitator dan urusetia dibantu oleh staf-staf PKG Bangsar yang lain.


       Sasaran utama bengkel ini adalah supaya peserta dapat membina 20 laman pembelajaran (sites) bagi Bab 1 mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 yang bertajuk “Sejarah Dan Kita”, dimana “sites” yang akan dibina menggunakan tapak akaun VLE-Frog Sekolah Maya (https://sekolahmayakpm.1bestarinet.net) bagi menempatkan 16 “sites” bagi PKG Bangsar ( YES ID: pkgbangsar@yes.my) dan 4 “sites” bagi Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL) (YES ID:
btpnwpkldua@yes.my )
        Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan “pengenalan isi kandungan bahan” oleh jurulatih utama mata pelajaran Sejarah dan dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan diamanahkan membina “sites” bagi 1 sub topik bab 1 Sejarah Tingkatan 1. Setelah itu, En Zaini B Mohd Endot pula bertanggungjawab menyampaikan taklimat berkenaan tatacara penggunaan Frog VLE terutamanya tatacara pembinaan “sites” kepada peserta. Pada hari kedua dan ketiga,para peserta tekun dan bertungkus lumus membina dan menyiabkan “sites” masing-masing.
       Seperti yang dirancang, pada akhir bengkel ini, 20 laman pembelajaran (sites) telah berjaya dibina oleh peserta bengkel dengan jayanya dan hasil kerja peserta ini telah dihantar kepada “MoE repository” untuk pengesahan dan tindakan lanjut. Berkat kerjasama yang baik antara pihak urusetia yang sangat membantu bersama jurulatih utama berpengalaman dan peserta yang sangat proaktif,dilihat kunci utama bengkel ini
berjaya dijalankan dengan mencapai matlamat yang telah disasarkan.

TAKLIMAT GURU PENYELARAS ICT/BESTARI (GPB) PKG BANGSAR 2014

Tarikh                 : 13 March 2014
Tempat               : Bilik Kuliah, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar
Urusetia              : PKG Bangsar
Peserta               : Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru ICT (GICT) Sekolah Ahli

  
        Bertempat di PKG Bangsar, satu sesi taklimat khas berkenaan Inisiatif ICT telah berlangsung. Taklimat tersebut adalah kerjasama antara BTPNKL dan PKG Bangsar sendiri. Seramai 52 orang peserta terdiri daripada GPB dan GICT sekolah ahli PKG Bangsar telah hadir dalam taklimat ini. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan tatacara pengurusan ICT untuk tahun 2014 disamping mengumpul maklumat terkini GPB dan GICT sekolah ahli bagi tahun ini.

           Taklimat yang bermula pada jam 8.30 pagi ini, telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar merangkap urusetia program. PKG Bangsar telah menjemput En Mohd Hazri B Minhat (Penolong Pengarah Unit ICT) dan dua orang pegawai BTPNKL iaitu, En. Abd Halim Bin Abu Semah dan En. Abd Hamid Bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit ICT BTPNKL untuk hadir bersama memberi taklimat tersebut. Antara maklumat yang disampaikan adalah taklimat pengurusan tugasan GICT/GPB, penerangan pengurusan dokumen, Taklimat Teknikal ICT dan Taklimat Pembestarian sekolah dan 1Bestarinet. Selain itu, turut dinyatakan pada taklimat tersebut adalah seperti, panduan untuk mewujudkan sistem fail yang seragam, senarai semak bagi pengurusan makmal serta aduan kerosakan peralatan ICT. Sebelum taklimat berakhir sesi soal jawab telah dibuat bagi mendapatkan maklumbalas dari GPB dan GICT sekolah ahli.

       Secara keseluruhannya, taklimat inisiatif ICT PKG Bangsar telah berjalan dengan lancar dan reaksi yang diberikan oleh peserta menunjukkan impak yang positif. Rata-rata guru faham tentang tatacara pengurusan inisiatif ICT yang disampaikan. Diharapkan agar taklimat seperti ini dapat dilakukan dari masa ke semasa agar dapat membantu GPB dan GICT dari segi pengurusan dan pelaksanaan dengan lebih cekap.

                        Gambar 1 Peserta begitu fokus mendengar maklumat yang diberi.





Gambar 2: Antara penceramah dan urusetia yang terlibat