25 February 2014

PROJEK KHAS  LADAP VLE-FROG BAGI 30 GURU
(SJKT LADANG BUKIT JALIL DAN SMK BKT BANDARAYA)


Pada 24  Februari 2014 yang lepas, bertempat di  PKG Bangsar bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang telah berlangsungnya Projek Khas LADAP VLE-Frog bagi 30 orang guru daripada 2 buah sekolah iaitu SMK Bkt Bandaraya dan SJKT Ladang Bukit Jalil. LADAP VLE-Frog ini diadakan bertujuan untuk menerangkan dan mendedahkan kepada warga sekolah berkenaan fungsi VLE-Frog, pembinaan “dashboard” peribadi dan pembinaan “site” serta tatacara untuk “share”/’assign”.





 











En S’aleh B Osman, pegawai dari PKG Bangsar telah  menjalankan LADAP ini dengan memberikan pengenalan secara ringkas tentang penggunaan dan matlamat VLE-Frog serta pembinaan “dashboard” dan ‘Site”. Guru juga didedahkan dengan tatacara untuk menggunakan aplikasi “assignment” bagi memantau penghantaran latihan oleh pelajar. Sambutan yang diberikan oleh warga sekolah amat memberangsangkan dan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk mempelajari penggunaan VLE Frog. Rata-rata guru banyak bertanyakan tentang pembinaan “site” bagi tujuan pengkongsian nota pengajaran dan pembelajaran serta menghantaran ujian atau latihan kepada pelajar.
Pelaksanaan LADAP VLE Frog ini dirasakan mencapai sasaran apabila rata-rata warga sekolah yang mengikuti LADAP ini dapat membina “personal dashboard” dan “site” masing-masing. Diharapkan kesedaran dan minat warga sekolah untuk melayari VLE Frog akan meningkat pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment