02 February 2014

KHIDMAT BANTU INSTALASI BAHAN MBMMBI BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 5 & 6 DAN MENENGAH RENDAH BAGI TAHUN 2014 (PKG BANGSAR)

Bermula pada 27 Januari hingga 29 Januari 2014 yang lepas, bertempat di 7 buah makmal komputer multiseat sekolah yang dinaik taraf kepada Makmal Bahasa telah dilaksanakan khidmat bantu instalasi bahan MBMMBI Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Tahun 5&6 dan Menengah Rendah. Sekolah – sekolah yang terlibat ialah SK Bangsar ,SK Bukit Bandaraya, SMK Bangsar, SMK Dharma, SMK Seri Sentosa, SK Sultan Hisamuddin Alam Shah dan SMK Bukit Bandaraya.




 Khidmat Bantu ini diadakan bertujuan membantu pihak sekolah untuk memasang dan menguji Bahan MBMMBI yang telah dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Bahan-bahan MBMMBI tersebut ialah E-Kata Versi 3 (SR /SM), Fun n Friends (SR) dan English Builders (SM). 

Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Bangsar iaitu En Zaini B Mohd Endot dan En S’aleh B Osman telah dibantu oleh 5 orang juruteknik komputer Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Lumpur iaitu En Salfizan Afzarin B Abdul Latif (PKG Sentul), En Mohd Shahrulal B Khalidin (PKG Keramat), Pn Juninah Bt Mohmad Noh (PKG Pudu), Pn Siti Shahirah Bt Abdul Rahman (PKG KG Pandan) dan Pn Rina A/P Murugalah (PKG Segambut Jaya) untuk memastikan pemasangan atau instalasi dilakukan dengan betul dan menguji bahan MBMMBI tersebut supaya dapat berfungsi dan digunakan sepenuhnya serta memberi penerangan tentang tatacara penggunaan bahan tersebut.

Setelah bahan MBMMBI ini berjaya dipasang dikomputer Makmal Bahasa, dimana tempoh masa instalasi adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan sistem komputer. Penerangan ringkas tentang tatacara penggunaan perisian bahan tersebut akan diberikan kepada pihak sekolah dimana wakil daripada Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai sasaran utama.
  
Sepanjang proses pemasangan ini dilakukan, terdapat beberapa masalah yang dihadapai untuk memasang bahan MBMMBI ke komputer yang menyebabkan proses pemasangan beberapa bahan di sesetengah sekolah terlibat terpaksa ditunda. Permasalahan yang dihadapi ialah kegagalan untuk memasang bahan MBMMBI “Fun N Friend” di SK Bukit Bandaraya disebabkan sistem komputer yang bermasalah “mungkin disebabkan oleh virus”, dimana bahan tersebut tidak dapat dipasang. Juruteknik komputer dari PKG Bangsar akan bertanggungjawab bagi menyelesaikan pemasangan bahan MBMMBI “Fun N Friend” ini dalam tempoh yang terdekat. Manakala di sekolah SMK Dharma, hanya komputer guru sahaja berjaya dipasang bahan MBMMBI kerana masalah pendawaian elektrik yang menyebabkan semua komputer murid tidak boleh dihidupkan. Masalah pendawaian elektrik juga turut berlaku di makmal komputer multiseat SMK Bukit Bandaraya yang menyebabkan semua peralatan didalam makmal komputer tersebut tiada bekalan elektrik dan tidak boleh berfungsi.

           Keseluruhannya, sepanjang 3 hari dijalankan khidmat bantu instalasi Bahan MBMMBI ke komputer multiseat  Makmal Bahasa telah berlangsung dengan jayanya hasil daripada bantuan dan komitmen daripada juruteknik komputer yang terlibat dan kerjasama baik pihak sekolah mahupun Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) serta Pusat Kegiatan Guru (PKG) lain di Kuala Lumpur. 





No comments:

Post a Comment