28 August 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

PKG Bangsar telah menjalankan Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 pada 27/8/2013 bertempat di Dewan Kuliah PKG Bangsar.

Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara menjawab dan penerangan soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang akan dimuatnaik  di Blog PKG Bangsar bermula 2 September 2013. Seramai 50 Guru Penolong Kanan Pentadbir 1 telah hadir bagi taklimat ini dan 3 orang Guru Penolong Kanan Pentadbir dari sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur telah turut serta atas sebab yang tertentu.

Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dari PKG Bangsar telah memulakan taklimat ini dengan memberi penerangan kepada semua Guru Penolong Kanan 1 berkenaan rancangan perjalanan taklimat yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi.En Zabidi B Ismail dari Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut juga menyampaikan penerangan berkenaan pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 dan VLE-Frog secara sepintas lalu. Taklimat ini menyentuh dan menerangkan kehendak soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang terbahagi 5 modul iaitu Penggunaan, Modal Insan, Aplikasi, Infrastruktur dan Pusat Sumber Pendidikan. dan perlu dijawab oleh 4 kumpulan responden (Seorang Pentadbir,Seorang Guru Perpustakaan dan Media, 30 guru dan 30 Murid)

Sepanjang sesi taklimat ini dilaksanakan, penerangan berkenaan langkah-langkah dan syarat pengisian telah diterangkan dengan sangat terperinci oleh En Zaini B Mohd Endot, pelbagai soalan turut juga diaju oleh para Guru Penolong Kanan 1 dan berjaya dijawab oleh En zaini b Mohd Endot dan En Zabidi B Ismail bagi memastikan kefahaman yang mendalam dan betul.

            Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 telah berjaya dijalankan lancar  tanpa sebarang masalah dan tamat tepat pada jam 4.00 petang.



No comments:

Post a Comment