28 August 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

PKG Bangsar telah menjalankan Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 pada 27/8/2013 bertempat di Dewan Kuliah PKG Bangsar.

Taklimat Pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara menjawab dan penerangan soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang akan dimuatnaik  di Blog PKG Bangsar bermula 2 September 2013. Seramai 50 Guru Penolong Kanan Pentadbir 1 telah hadir bagi taklimat ini dan 3 orang Guru Penolong Kanan Pentadbir dari sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur telah turut serta atas sebab yang tertentu.

Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dari PKG Bangsar telah memulakan taklimat ini dengan memberi penerangan kepada semua Guru Penolong Kanan 1 berkenaan rancangan perjalanan taklimat yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi.En Zabidi B Ismail dari Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut juga menyampaikan penerangan berkenaan pelaksanaan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 dan VLE-Frog secara sepintas lalu. Taklimat ini menyentuh dan menerangkan kehendak soalan-soalan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 yang terbahagi 5 modul iaitu Penggunaan, Modal Insan, Aplikasi, Infrastruktur dan Pusat Sumber Pendidikan. dan perlu dijawab oleh 4 kumpulan responden (Seorang Pentadbir,Seorang Guru Perpustakaan dan Media, 30 guru dan 30 Murid)

Sepanjang sesi taklimat ini dilaksanakan, penerangan berkenaan langkah-langkah dan syarat pengisian telah diterangkan dengan sangat terperinci oleh En Zaini B Mohd Endot, pelbagai soalan turut juga diaju oleh para Guru Penolong Kanan 1 dan berjaya dijawab oleh En zaini b Mohd Endot dan En Zabidi B Ismail bagi memastikan kefahaman yang mendalam dan betul.

            Taklimat Smart School Qualification Standards (SSQS) 2013 telah berjaya dijalankan lancar  tanpa sebarang masalah dan tamat tepat pada jam 4.00 petang.



BENGKEL PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) KALI KE-3 (SEKOLAH MENENGAH)

PKG Bangsar telah menjalankan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kali ke-3 bagi 18 sekolah menengah sekolah ahli pada 22/8/2013.

Bengkel Pengisian Data SPS kali ke-3 sekolah menengah ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara kemasukan data bagi mendaftar guru/staf, mengisi profile guru/staf, menyelenggara kemudahan kelas, menyelenggara darjah, mendaftar murid, mengisi profile murid dan menyelenggara kelas murid. Seramai 17/18 guru pentadbir sistem Berjaya hadir.



Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah memulakan bengkel ini dengan memberi taklimat kepada semua pentadbir sistem berkenaan rancangan perjalanan bengkel yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi. Bengkel kemudian diteruskan dimana semua peserta berada di Makmal Komputer SK Bangsar bagi aktiviti “hand-on” pengisian data bermula pada jam 9.00 pagi dimana En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman juga berperanan sebagai fasilitator.

Sepanjang sesi bengkel ini dilaksanakan, rata-rata pentadbir sistem didapati dapat memahami langkah kerja pangisian data yang perlu dilaksanakan dengan baik dan sesi soal jawab juga berjalan dengan sangat lancar. Hampir semua persoalan berkenaan SPS dapat diselesaikan sewaktu bengkel  ini berlangsung.

            Sepanjang bengkel ini juga, capaian aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah yang dilaksanakan di makmal komputer SK Bangsar tidak menghadapi sebarang masalah untuk log masuk mahupun capaian lambat. Secara keseluruhannya, perjalanan bengkel pengisian data SPS berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 petang.

05 August 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) KALI KE-3


PKG Bangsar telah menjalankan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kali ke-3 bagi 32 sekolah rendah sekolah ahli yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama seramai 17 orang pentadbir sistem menghadiri bengkel yang diadakan pada 31/7/2013 dan kumpulan 2 baki seramai 15 orang pentadbir sistem dari sekolah rendah pula menghadiri bengkel ini pada 1/8/2013.

Bengkel Pengisian Data SPS kali ke-3 ini diadakan bertujuan untuk menunjuk cara kemasukan data bagi mendaftar guru/staf, mengisi profile guru/staf, menyelenggara kemudahan kelas, menyelenggara darjah, mendaftar murid, mengisi profile murid dan menyelenggara kelas murid.

Pegawai Teknologi Pendidikan; En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah memulakan bengkel ini dengan memberi taklimat kepada semua pentadbir sistem berkenaan rancangan perjalanan bengkel yang akan dijalankan tepat pada jam 8.30 pagi. Bengkel kemudian diteruskan dimana semua peserta berada di Makmal Komputer SK Bangsar bagi aktiviti “hand-on” pengisian data bermula pada jam 9.00 pagi dimana En Zaini B Endot dan En S’aleh B Osman juga berperanan sebagai fasilitator.

Sepanjang 2 sesi bengkel ini dilaksanakan, rata-rata pentadbir sistem didapati dapat memahami langkah kerja pangisian data yang perlu dilaksanakan dengan baik dan sesi soal jawab juga berjalan dengan sangat lancar. Hampir semua persoalan dapat diselesaikan sewaktu bengkel, walau bagaimanapun terdapat permasalahan dimana kesilapan memasukkan darjah murid “Tambah Murid” tidak dapat diperbetulkan secara terus. Kesilapan begitu hanya boleh diselesaikan dengan membuat aduan melalui e-mail ke “sps.helpdesk@moe.edu.my”

            Sepanjang bengkel ini juga, capaian aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah yang dilaksanakan di makmal komputer SK Bangsar tidak menghadapi sebarang masalah untuk log masuk mahupun capaian lambat. Secara keseluruhannya, perjalanan bengkel pengisian data SPS berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 petang.