26 July 2013

KHIDMAT BANTU SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (SPS) SMK SERI PANTAI


Pada 12 Julai 2013 yang lepas, bertempat di Makmal Komputer SMK Seri Pantai bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang telah berlangsungnya Khidmat Bantu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) pengisian data “Selenggara Rekod Staf”.
Khidmat Bantu SPS ini diadakan bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendaftar kata laluan guru-guru dan mengisi data asas peribadi mereka kedalam sistem SPS.
Jurulatih Utama SPS En Hazri B Minhat dari BTPNWPKL dan En S’aleh B Osman dari PKG Bangsar telah membantu menjalankan kihdmat bantu di sekolah ini dengan mendedahkan dahulu kepada Pengetua sekolah tersebut iaitu Pn Faridah Bt Abdul Ghani berkenaan kepentingan SPS dijalankan,modul-modul yang didalam SPS serta kegunaannya secara sepintas lalu secara amali. Puan Pengetua dibimbing untuk mengisi sendiri maklumat peribadi beliau ke dalam Selenggara Rekod Staf (Modul Selenggara Maklumat Staf). Pada peringkat guru pula beberapa orang guru dipanggil sedikit demi sedikit untuk mengisi data maklumat peribadi mereka.
Pendekatan yang digunakan bagi sekolah ini dalam memulakan proses kemasukan data peribadi guru adalah dimana Pentadbir Sistem SPS bertanggungjawab untuk mewujudkan dahulu akaun bagi setiap guru di bahagian Modul Pentadbir Sistem ‘Selenggara Pengguna Sistem-Tambah Pengguna Baru”. Kemudian guru-guru diminta untuk log masuk ke akaun Pentadbir Sistem Sekolah dan mengisi maklumat peribadi mereka di ketetapan Modul Pengurusan Staf “Selenggara Rekod Staf”. Setelah rekod maklumat peribadi telah disimpan, Pentadbir Sistem Sekolah akan aktifkan status guru bagi membolehkan guru boleh mula menggunakan akaun individu SPS mereka. Guru-guru diminta untuk melengkapkan data peribadi selebihnya seperti Keluarga, Pengalaman Kerja, Kelulusan Akademik, Kursus, Mata Pelajaran, Tugasan diwaktu lain sendiri.
Sepanjang proses Khidmat Bantu SPS disekolah ini, seramai 64/79 orang guru telah berjaya memasukkan data peribadi mereka tanpa sebarang masalah. Pada masa akan datang, dirancang untuk mengadakan Khidmat Bantu SPS sekali lagi kepada sekolah ini bagi mendedahkan kepada guru-guru akan kepentingan SPS dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan membantu mereka tentang cara penggunaan Modul Pengurusan Sekolah dan Modul Pengurusan Murid.


No comments:

Post a Comment