21 June 2013

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN SEK0LAH (PENGISIAN DATA) 2013

Pada 17 Jun 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bangsar  telah berlangsungnya Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (Pengisian Data) 2013. Seramai 50 orang Pentadbir  Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sekolah ahli telah terlibat di dalam bengkel tersebut dengan kehadiran En Mohd Hazri B Minhat Penolong Pengarah BTPNWPKL.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak Modul Pengurusan Sekolah yang merangkumi sub modul Papar Maklumat Sekolah, Selenggara Tahun Aktif Persekolahan, Selenggara Tahap Persekolahan, Selenggara Aliran Persekolahan, Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan, Selenggara Darjah/Tingkatan. Sebarang masalah atau kesilapan dapat dikesan dan dilaporkan dengan mengisi borang aduan (google.doc) yang disediakan oleh pihak BTPNWPKL  bagi tujuan tindakan susulan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan. Bengkel ini juga mendedahkan  Pentadbir Sistem dengan ringkas tentang tatacara Pengurusan Kemudahan Sekolah, penyediaaan kod nama, Pengurusan Maklumat Sekolah “Selenggara Darjah/Tingkatan”, Pengurusan Staf “Selenggara Maklumat Staf-pengisian data” , mewujudkan nama pengguna/kata laluan dan Pengurusan Murid
En Zaini Bin Mohd Endot,Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar memulakan bengkel dengan mengalu-alukan kedatangan Pentadbir Sistem SIstem Pengurusan Sekolah (SPS) kemudian menjemput  En Mohd Hazri B Minhat selaku Penolong Pengarah BTPNWPKL memberi ucapan dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan bengkel serta sedikit input berkenaan pengurusan ICT sekolah seperti pengurusan fail ICT.     
Pn Wee Siu Hiang selaku Ketua Jurulatih seterusnya membimbing Pentadbir Sistem meneliti dan menyemak maklumat am sekolah, profail sekolah, pengurusan sekolah dan kedudukan sekolah dimana sebarang kesilapan akan dilaporkan.
Seterusnya Pn Wee Siu Hiang membimbing Pentadbir Sistem selenggara Tahun Aktif Persekolahan berdasarkan takwim persekolahan kalendar .Bengkel diteruskan dengan penerangan ringkas oleh Pn Wee Siu Hiang berkenaan modul Pengurusan Kemudahan Sekolah dengan sub modul Selenggara Kemudahan Sekolah dan Pinjaman Kemudahan Sekolah. Beliau menerangkan tatacara pengisian setiap ítem didalam sub modul untuk tindakan pengisian selepas bengkel yang boleh diambil maklumat daripada data ERMIS sekolah. Masalah juga timbul apabila paparan sub modul Pengurusan Kemudahan Sekolah bagi sekolah harian didapati berbeza berbanding Sekolah Bestari. Pengisian maklumat yang sepatutnya ada pada paparan sekolah harian didapati tidak lengkap.
            Tentatif bengkel diteruskan dengan berfokuskan kepada Pengurusan Maklumat Staf dimana Pentadbir Sistem diminta untuk mewujudkan kod nama bagi staf, data nama, nombor kad pengenalan dan alamat e-mail staf secara manual sebagai persediaan bagi menyelenggara maklumat staf untuk mewujudkan nama pengguna dan kata laluan.

            Pada penghujung bengkel Jurulatih Utama meminta semua Pentadbir Sistem supaya mengambil tindakan mengumpul data yang diperlukan setelah pulang ke sekolah tanpa mengisi sebarang input didalam sistema, data tersebut akan digunakan pada bengkel seterusnya. Setelah Pentadbir Sistem melengkapkan pengisian Borang Maklum Balas secara manual dan Kajian PKG secara “online” , bengkel ditamatkan pada jam 4:30.



No comments:

Post a Comment