20 May 2013

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 13 Mei 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul telah berlangsungnya Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 50 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baru  telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 41 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolah-sekolah ahli PKG lain di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selebihnya 9 orang guru daripada sekolah-sekolah Ahli PKG Bangsar. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih Guru Perpustakaan dan Media (GPM) cara pengurusan Pusat Sumber   Sekolah.
Kursus Asas PengurusanPusat Sumber Sekolah telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot - PTP PKG Bangsar, seterusnya  taklimat berkenaan Konsep Asas yang menerangkan peranan Pusat Sumber Sekolah, bahan yang sesuai serta tujuan dan faedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar dan guru disampaikan oleh Pn Kamaliah Bt Abdullah Hudi. Pn Haslizah Bt Jibin menyampaikan slot kedua iaitu “koleksi bahan”, dalam slot ini: menerangkan bahan bercetak, bahan bukan bercetak, bahan tiga dimensi, serta cara perolehan dan pengumpulan bahan-bahan.
Slot pada hari kedua dimulakan oleh En Zaini dengan tajuk “Kemudahan Fizikal” Pusat Sumber Sekolah; menerangkan rancangan susunan bagi Pusat Sumber Sekolah bagi bangunan baru, mengubahsuai tempat atau ruang menjadi Pusat Sumber Sekolah dan bagaimana merancang susunan alat perabot bagi Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada. Slot Kedua pada hari kedua pula menerangkan “Promosi dan Penggunaan PSS” yang disampaikan oleh Cik Syam Irza menerangkan kaedah dan kebaikan promosi dan penggunaan PSS dan slot ketiga yang bertajuk “ Pengurusan fail/fail kuasa” disampaikan oleh En Imran; menerangkan tatacara pengurusan fail yang perlu diwujudkan dan penerangan 15 perkara yang perlu diketahui di dalam fail kuasa PSS. 
Pada hari ketiga, 2 slot berkenaaan “pengkatalogan:proses teknik dan pengkatalogan” disampaikan oleh Pn Arinawati menerangkan teknik menguruskan dan memproses bahan buku dan bukan buku dan slot ketiga pada hari ketiga bertajuk “Aktiviti galakan membaca/iNilam” disampaikan oleh Pn Rosilawati.

Pada hari terakhir kursus, peserta diterangkan berkenaan “Leterasi Maklumat:Mohd Asif, Pengkatalogan Buku dan Bukan Buku (Pengelasan):Arinawati dan Penilaian PSS:Nazri. Penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh En Zaini B Mohd Endot. 

01 May 2013

KURSUS PELUASAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENTADBIR SISTEM





Pada 30 April 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul telah berlangsungnya Kursus Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pentadbir Sistem yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 61 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 50 orang daripadanya adalah terdiri daripada guru sekolah-sekolah ahli PKG Bangsar dan selebihnya 11 orang guru daripada sekolah-sekolah Putrajaya. Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan dasar serta kepentingan dan manfaat yang diprolehi daripada  penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kepada pihak sekolah dan melatih pentadbir sistem berkenaan tatacara penggunaan 6 modul permulaan Sistem Pengurusan Sekolah  (SPS).

Kursus Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk  Pentadbir Sistem telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Zaini Bin Mohd Endot - PTP PKG Bangsar, seterusnya  taklimat berkenaan dasar SPS yang menerangkan cita-cita dan harapan pelaksanaan SPS, aplikasi SPS, faedah dan hasil pelaksanaan SPS serta faktor kejayaan SPS juga disampaikan oleh beliau.

Pn Wee Siu Hiang dibantu oleh En Zaini B Mohd Endot dan En S’aleh B Osman meneruskan kursus ini dengan menerangkan dan menunjuk cara fungsi serta penggunaan 6 daripada 22 modul  yang perlu diketahui oleh pentadbir sistem pada peringkat awal. 6 modul tersebut ialah Pengurusan Maklumat Sekolah, Pengurusan Kemudahan Sekolah, Selenggara Takwim Sekolah, Pengurusan Pentadbir Sistem,  Pengurusan Staf,danPengurusan Murid.