22 April 2013

BENGKEL KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) SMK SRI SENTOSA


Pada 22 dan 23 Januari 2013 yang lepas, bertempat di Pusat Akses SMK Sri Sentosa telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai 13 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel tersebut. 10 orang daripadanya adalah terdiri daripada Juruteknik PKG Bangsar dan sekolah ahli. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan membuat rangkaian LAN di Pusat Akses 1 dan 2 serta di bilik guru. Disamping itu juga ianya dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang lain.
Bengkel khidmat bantu ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Encik Zaini Bin Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar sebagai penganjur bengkel ini. Seterusnya sedikit taklimat ringkas berkenaan kerja-kerja yang perlu dibuat telah disampaikan oleh Encik Abd Halim Bin Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan Unit ICT BTPNKL.