14 February 2013

Mesyuarat Juruteknik Komputer (FT17) PKG Bangsar


Mesyuarat Juruteknik Komputer (FT17) PKG Bangsar

      Pada 30 Januari 2013 jam 8.30 pagi, bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pudu, telah berlangsungnya Mesyuarat Juruteknik Komputer (FT17) bagi sekolah ahli PKG Bangsar. Objektif utama mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentuk satu pasukan gerak kerja bagi sekolah ahli dibawah PKG Bangsar  untuk membantu sekolah ahli yang mempunyai masalah berkaitan dengan ICT, . Sebelum mesyuarat dijalankan, sedikit taklimat ringkas berkenaan ICT telah disampaikan. Taklimat Inisiatif ICT ini turut disertai oleh Juruteknik Komputer dari PKG Pudu dan PKG Pandan. Taklimat ringkas tersebut dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh En. Nazri B. Ishak, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pudu. Seterusnya sedikit info telah disampaikan oleh En. Zaini B. Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar. Taklimat kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh En. Mohd Hazri B. Minhat, Penolong Pengarah BTPNKL.

       Setelah selesai minum pagi, Mesyuarat Juruteknik Komputer dijalankan mengikut pecahan PKG masing-masing. Selaku Pegawai Teknologi Pendidikan, En Zaini B. Mohd Endot telah mempengerusikan mesyuarat dengan menyatakan kehendak dan hasrat BTPNKL bagi menubuhkan satu pasukan gerak kerja selain membincangkan tentang aktiviti tahunan, keperluan kursus Juruteknik Komputer dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ICT. Setelah berbincang, pasukan PKG Bangsar bersetuju untuk memberi nama I.T RESCUE yang mana, pasukan ini akan turun ke sekolah ahli bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan ICT. Pada jam 1 petang, Mesyuarat Juruteknik Komputer kemudiannya ditangguhkan ke mesyuarat yang akan datang. PKG Bangsar Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Juruteknik Komputer sekolah ahli kerana sudi hadir serta memberikan maklumbalas yang positif pada mesyuarat tersebut. Tahniah. Disertakan beberapa keping gambar sepanjang mesyuarat ini berlangsung. 

Disediakan oleh ;
MSY

No comments:

Post a Comment