26 February 2013

Majlis Persaraan Warga BTPNKL



Majlis Persaraan Pn. Hajah Noorayni Bt. Othman

       Pada 22 Februari 2013 yang lepas, bertempat di Restoran Al- Rawsha Kg. Pandan, telah berlangsungnya Jamuan Akhir Tahun serta Majlis Persaraan dua orang pegawai BTPNKL iaitu Pn. Hajah Noorayni Bt. Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan merangkap Ketua Unit PKG BTPNKL. Pada Majlis tersebut, BTPNKL turut berbesar hati atas kehadiran Pn. Mahanum Bt. Ismail, mantan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNKL yang telah bersara serta En. Rossaidi B. Ngah, mantan Penolong Pengarah BTPNKL yang telah bertukar ke JPWPKL.

     Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, dan diikuti oleh ucapan oleh En. Mohd Sanusi Saseetharan B. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL. Majlis diteruskan dengan ucapan khas oleh Pn. Hajah Nooraini Bt. Othman yang mana beliau mengucapkan terima kasih kepada warga BTPNKL yang banyak membantu dan berpesan agar lakukan kerja dengan jujur dan ikhlas.

     Majlis kemudiannya diteruskan dengan permainan yang dikelolakan oleh jawatankuasa majlis. Setelah itu, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan sijil penghargaan serta cenderahati kepada Pn. Hajah Noorayni dan diikuti dengan sesi pertukaran hadiah oleh warga BTPNKL. Diharapkan agar majlis seumpama ini diteruskan kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua. Kami, warga kerja PKG Bangsar mengucapkan selamat maju jaya dan semoga bergembira mengharungi hari-hari yang akan datang apabila bergelar pesara kerajaan.
 

No comments:

Post a Comment