21 February 2013

BENGKEL MBMMBI TAHUN 2013


 





LAPORAN BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TAHUN TIGA DAN EMPAT TAHUN 2013

   Satu bengkel penggunaan bahan digital MBMMBI telah dilaksanakan  untuk guru-guru yang mengajar tahun 3 dan tahun 4 bagi Zon Bangsar dan Zon Pudu pada 20 Februari 2013 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah dianjurkan bersama oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Pusat Kegiatan Guru Bangsar serta Pusat Kegiatan Guru Pudu.  Peserta bengkel telah dikumpulkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 
    
       Pada peringkat awal perbengkelan peserta telah didedahkan tentang Portal EduWebTv yang mana guru-guru dapat  mencari dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran secara atas talian. Seterusnya guru-guru juga telah didedahkan tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu wadah untuk bahan-bahan pengajaran dan pembelajaranjua  secara atas talian.Jurulatih utama bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah menerangkan kepada peserta tentang penggunaan bahan digital MBMMBI dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta juga telah menerokai bahan MBMMBI secara ‘hands-on’ dan menunjukkan komitmen yang sangat baik. Jurulatih utama juga telah menunjukkan kepada peserta bagai mana  menulis Rancangan Pengajaran Harian yang mempunyai unsur penggunaan bahan MBMMBI. Seterusnya peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi sesi perbincangan dan seterusnya menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan bahan digital MBMMBI. Sesi perbengkelan diakhiri dengan pembentangan hasil kerja setiap kumpulan. Tahniah kepada semua peserta kerana telah melaksanakan bengkel ini dengan jayanya. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.