29 January 2013

Bengkel Khidmat Bantu ICT


KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)


                Pada 22 dan 23 Januari 2013 yang lepas, bertempat di SMK Sri Sentosa telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai sembilan orang Juruteknik Komputer dari sekolah ahli serta seorang dari PKG Bangsar dipilih menyertai bengkel tersebut. Turut menyertai bengkel tersebut ialah En. Abd Halim B. Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan Unit ICT BTPNKL serta En. Zaini B. Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar dan juga Pn Aziatul Hafiza Bt. Ghani, Guru Penyelaras Bestari (GPB) SMK Sri Sentosa. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan rangkaian dalaman (LAN) di Pusat Akses 1 dan 2 yang terletak di blok bangunan baru dan juga membuat penyambungan dari Zoom 1Bestari Net ke rangkaian dalaman di dua bilik guru. Selain itu juga, bengkel ini dapat dijadikan penanda aras bagi program khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang lain pada masa akan datang.

             Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Sanusi Saseetharan B. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Hazri B. Minhat, Penolong Pengarah BTPNKL, serta Pn. Hajah Rahmah Bt. Abd Haji kerana telah meluangkan sedikit masa untuk majlis penyampaian sijil kepada para peserta. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam bengkel tersebut. Kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.  





Disediakan oleh;
MSY

No comments:

Post a Comment