29 January 2013

Bengkel Khidmat Bantu ICT


KHIDMAT BANTU RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)


                Pada 22 dan 23 Januari 2013 yang lepas, bertempat di SMK Sri Sentosa telah berlangsungnya bengkel khidmat bantu rangkaian setempat (LAN) yang dikelolakan bersama oleh BTPNKL dan PKG Bangsar. Seramai sembilan orang Juruteknik Komputer dari sekolah ahli serta seorang dari PKG Bangsar dipilih menyertai bengkel tersebut. Turut menyertai bengkel tersebut ialah En. Abd Halim B. Abu Samah, Pegawai Teknologi Pendidikan Unit ICT BTPNKL serta En. Zaini B. Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bangsar dan juga Pn Aziatul Hafiza Bt. Ghani, Guru Penyelaras Bestari (GPB) SMK Sri Sentosa. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan rangkaian dalaman (LAN) di Pusat Akses 1 dan 2 yang terletak di blok bangunan baru dan juga membuat penyambungan dari Zoom 1Bestari Net ke rangkaian dalaman di dua bilik guru. Selain itu juga, bengkel ini dapat dijadikan penanda aras bagi program khidmat bantu ICT di sekolah-sekolah yang lain pada masa akan datang.

             Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Sanusi Saseetharan B. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah BTPNKL, En. Mohd Hazri B. Minhat, Penolong Pengarah BTPNKL, serta Pn. Hajah Rahmah Bt. Abd Haji kerana telah meluangkan sedikit masa untuk majlis penyampaian sijil kepada para peserta. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam bengkel tersebut. Kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai. Turut disertakan beberapa keping gambar sepanjang bengkel ini berlangsung.  





Disediakan oleh;
MSY

10 January 2013

Data Inisiatif ICT Sekolah-Sekolah KPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Jutaan terima kasih kepada semua sekolah ahli PKG Bangsar yang telah selesai menghantar Borang Maklumat Inisiatif ICT Sekolah KPM. Kerjasama anda amatlah kami hargai.


#TAHNIAH#

07 January 2013

Hari Pertama Persekolahan


Pada 2 Januari 2013 yang lepas, merupakan hari persekolahan pertama. PKG Bangsar telah melakukan lawatan ke SK Bangsar bagi melihat gelagat murid-murid baharu Tahun 1 menjalani hari pertama persekolahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim antara PKG dan pihak sekolah. Sewaktu pendaftaran, suasana agak kelam kabut dengan kehadiran ibubapa serta riuh rendah suara murid. Pihak pentadbir sekolah bersama guru-guru bertungkus-lumus menyusun para pelajar mengikut kelas. Sedikit taklimat disampaikan oleh Guru Besar kepada ibubapa berkenaan perancangan dan aktiviti sekolah bagi tahun 2013. Semoga guru-guru akan berusaha lebih gigih untuk mendidik para pelajar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Disertakan beberapa gambar sepanjang hari pertama persekolahan.