07 May 2012

Taklimat Greentech dan E-Learning MOE courseware

Taklimat Greentech dan E-Learning MOE courseware telah diadakan di PKG Sentul pada 3 April 2012. Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 28 orang Juruteknik dari Ahli PKG Kampung Pandan dan PKG Bangsar.
Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Juruteknik peralatan komputer lama yang lebih sepuluh tahun masih boleh digunapakai jika dapat dinaik taraf (up grade) . Penceramah jemputan, Dr. Norazli bt Othman dari UTM telah menerangkan bahan buangan peralatan komputer ini boleh diguna semula jika dinaik tarafkan, merupakan inovasi dari UTM.

Peserta telah diberitahu bahawa terdapat dua tempat Greentech ini boleh digunakan ialah di SK Padang Tembak 1 dan di PKG Sentul.
Peserta diberikan borang soal selidik yang perlu diisikan dan borang penilaian taklimat pada hari ini. Borang akujanji juga diedarkan bagi menilai keberkesanan taklimat ini, dan dikembalikan pada atau sebelum hari Jumaat …… April 2012.

No comments:

Post a Comment