21 September 2011

Pertandingan Pengurusan Sistem Fail PSS



Pertandingan Pengurusan Sisitem Fail PSS anjuran unit UPSP BTPNKL bagi sekolah ahli PKG Bangsar telah dijalankan pada 7 Sept.2011 yang lalu.

Pn. Mahanum Ismail dan Pn Arinawati Mod Yassin Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNKL pun membuat penilaian dan mengadili kesemua fail PSS sekolah ahli PKG Bangsar.

Penilaian yang dijalankan sehari ini telah mendapat maklumbalas yang baik dari kedua-dua penilai. Tahniah dan syabas kepada semua GPM sekolah ahli PKG Bangsar diatas inisiatif dan komintmen mereka di dalam penyediaan fail PSS.

Terima kasih juga kepada unit UPSP BTPNKL yang telah menjalankan Bengkel Post Mortem PSS yang mana diakhiri dengan Pertandingan Pengurusan Fail PSS ini.

19 September 2011

Kutipan SPPICTS kali kedua telah bermula


Dimaklumkan bahawa pada 11 Sept - 1 Okt 2011, SPPICTS akan memulakan kutipan data. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat sedikit masalah teknikal dan sedang diambil tindakan. Kutipan akan bermula sepenuhnya mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat sepenuhnya pada 8 Okt 2011.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

06 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.


Salam Ikhlas dari kami warga PKG Bangsar.