04 August 2011

Taklimat SSQS




Taklimat SSQS bagi Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Bangsar telah berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Bangsar. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai pelaksanaan SSQS dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Penyerahan bahan edaran CD Window XP, MS 2007, Window 7, MS 2010 dan panduan pemasangan perisian turut diadakan.Borang peralatan ICT sekolah, Sijil Akuan Penerimaan dan Surat Akujanji juga turut diberikan kepada semua sekolah ahli.

Tahniah dan ribuan terima kasih diatas kehadiran penuh wakil dari sekolah ahli yang melancarkan perjalanan taklimat pada kali ini.

Harapan kami agar sekolah ahli PKG Bangsar dapat meningkatkan pencapaian bintang (SSQS) yang lebih cemerlang pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment