12 July 2011

Akan Datang

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker - eCards


1. 19 Julai 2011 - Bengkel Penghasilan Blog Pusat Sumber Sekolah



2. 21 Julai 2011Bengkel Penghasilan Boneka



3. 22 Julai 2011Bengkel Penyelarasan SSQS kepada GPB / GICT







Taklimat SSQS









Taklimat SSQS

Taklimat SSQS bagi Guru Penolong Kanan 1 sekolah ahli PKG Bangsar telah berjaya diadakan di Bilik Seminar PKG Bangsar. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pihak pentadbiran sekolah mengenai pelaksanaan SSQS dan bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Penyerahan bahan edaran CD Window XP, MS 2007, Window 7, MS 2010 dan panduan pemasangan perisian turut diadakan.Borang peralatan ICT sekolah, Sijil Akuan Penerimaan dan Surat Akujanji juga turut diberikan kepada semua sekolah ahli.

Tahniah dan ribuan terima kasih diatas kehadiran penuh wakil dari sekolah ahli yang melancarkan perjalanan taklimat pada kali ini.

Harapan kami agar sekolah ahli PKG Bangsar dapat meningkatkan pencapaian bintang (SSQS) yang lebih cemerlang pada tahun ini.

Promosi BTPNKL oleh PKG Bangsar


Promosi BTPNKL oleh PKG Bangsar

Promosi BTPNKL telah dilaksanakan oleh En. Zaini Endot di PKG Bangsar.

Kumpulan sasaran pada kali ini ialah peserta kursus yang terdiri dari guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Soharto b. Baharen dari JPNWP.