24 March 2011

MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011





MESYUARAT JKPA PKG BANGSAR 2011

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bangsar 2011 telah dijalankan dengan lancar

di Bilik Seminar, PKG Bangsar tepat jam 9.00 pagi pada 24 Mac 2011.

Pengerusi JKPA PKG Bangsar, Tn. Hj. Nordin b. Yaman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli kerana mesyuarat ini sentiasa mendapat respon yang begitu baik dari ahlinya. Seramai 46 daripada 50 orang wakil hadir ke mesyuarat pagi ini.

En.Zaini b. Mohd Endot telah memberi penjelasan lengkap mengenai Laporan Inisiatif ICT dan PSS bagi setiap sekolah ahli semasa mesyuarat dijalankan.

Selain itu, mesyuarat juga telah memberi mandat sepenuhnya kepada pihak PKG Bangsar untuk menggunakan kewangan JKPA dengan bijak demi kebaikan semua ahli.

Mesyuarat diakhiri dengan satu mesyuarat kecil oleh 4 Jawatankuasa Biro yang dijalankan serentak untuk membuat perancangan aktiviti tahunan biro.


Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bt Maabar

No comments:

Post a Comment