27 October 2010

Kursus Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Fotografi








FOTO BANGUNAN BERSEJARAH KL SEBAGAI BAHAN P&P BERJAYA DIHASILKAN OLEH PESERTA KURSUS FOTOGRAFI DI PKG BANGSAR.

Bengkel Penghasilan Bahan P & P Berasaskan Fotografi anjuran oleh Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM) , BTPNKL dijalankan di PKG Bangsar mulai 18 oktober 2010 sehingga 22 oktober 2010.

Bengkel selama lima hari ini dihadiri olehi 24 orang peserta yang terdiri daripada staf BTPNKL, Juruteknik PKG, JPN WP serta guru-guru dari sekolah yang terpilih.

Penceramah undangan dari BTPN Selangor iaitu En. Mohd Noor b. Mohd Yasin yang mahir dalam fotografi telah pun mengendalikan bengkel tersebut dengan jayanya.

Melalui kemahiran fotografi yang diberi, di akhir bengkel tersebut peserta kursus telah berjaya menghasilkan foto-foto bangunan bersejarah di Kuala Lumpur untuk dijadikan bahan P&P selain dari mendapat peluang mempelajari teknik ’model shoot’ di dalam pengisian kursus.


*Untuk melihat Koleksi gambar yang di petik oleh semua peserta Kursus, sila lihat di ruangan KOLEKSI AKTIVITI PKG BANGSAR.

No comments:

Post a Comment