26 October 2010

BENGKEL TEKNOPEN 2010




BENGKEL TEKNOPEN 2010

Bengkel Teknopen 2010 anjuran Unit Hal Ehwal PKG telah

Dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Bangsar pada 26 oktober 2010.

Bengkel sehari ini dihadiri oleh 37 orang peserta yang terdiri dari

Guru Media dan Guru Perpustakaan Media dari lima buah PKG

iaitu PKG Pudu, PKG Pandan, PKG Keramat, PKG Segambut

Jaya dan PKG Bangsar.

Taklimat bengkel , penilaian dan pemurnian bengkel telah

dilaksanakan oleh Pengurus Bengkel, Pn. Hjh. Noorayni Othman

dari BTPNKL. Manakala Pengenalan dan Penggunaan Eduweb

TV dijalankan oleh En. Zaini Mohd Endot dan Pengenalan dan

Penggunaan Kampus Astro pula dijalankan oleh En. Abd. Hamid

Abdullah dari PKG Keramat.



Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

No comments:

Post a Comment