27 October 2010

Kursus Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Fotografi








FOTO BANGUNAN BERSEJARAH KL SEBAGAI BAHAN P&P BERJAYA DIHASILKAN OLEH PESERTA KURSUS FOTOGRAFI DI PKG BANGSAR.

Bengkel Penghasilan Bahan P & P Berasaskan Fotografi anjuran oleh Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM) , BTPNKL dijalankan di PKG Bangsar mulai 18 oktober 2010 sehingga 22 oktober 2010.

Bengkel selama lima hari ini dihadiri olehi 24 orang peserta yang terdiri daripada staf BTPNKL, Juruteknik PKG, JPN WP serta guru-guru dari sekolah yang terpilih.

Penceramah undangan dari BTPN Selangor iaitu En. Mohd Noor b. Mohd Yasin yang mahir dalam fotografi telah pun mengendalikan bengkel tersebut dengan jayanya.

Melalui kemahiran fotografi yang diberi, di akhir bengkel tersebut peserta kursus telah berjaya menghasilkan foto-foto bangunan bersejarah di Kuala Lumpur untuk dijadikan bahan P&P selain dari mendapat peluang mempelajari teknik ’model shoot’ di dalam pengisian kursus.


*Untuk melihat Koleksi gambar yang di petik oleh semua peserta Kursus, sila lihat di ruangan KOLEKSI AKTIVITI PKG BANGSAR.

26 October 2010

BENGKEL TEKNOPEN 2010




BENGKEL TEKNOPEN 2010

Bengkel Teknopen 2010 anjuran Unit Hal Ehwal PKG telah

Dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Bangsar pada 26 oktober 2010.

Bengkel sehari ini dihadiri oleh 37 orang peserta yang terdiri dari

Guru Media dan Guru Perpustakaan Media dari lima buah PKG

iaitu PKG Pudu, PKG Pandan, PKG Keramat, PKG Segambut

Jaya dan PKG Bangsar.

Taklimat bengkel , penilaian dan pemurnian bengkel telah

dilaksanakan oleh Pengurus Bengkel, Pn. Hjh. Noorayni Othman

dari BTPNKL. Manakala Pengenalan dan Penggunaan Eduweb

TV dijalankan oleh En. Zaini Mohd Endot dan Pengenalan dan

Penggunaan Kampus Astro pula dijalankan oleh En. Abd. Hamid

Abdullah dari PKG Keramat.



Disediakan oleh

Pn.Rosilawati bte Maabar

LAPORAN PEMANTAUAN LAN SMK SERI PANTAI







Pemantauan dibuat pada 14/10/2010 oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Pn.Rosilawati bte Maabar dan Juruteknik Komputer PKG Bangsar, Cik Nadia bte Hairi. Hasil dari Pemantauan, kerja-kerja pemasangan masih belum siap sepenuh nya. Bagaimana pun borang UAT belum ditandatangani. Syarikat diberi tempoh sehingga 18/10/2010 untuk menyiapkan pemasangan.