19 April 2010

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Berikut adalah peratus sekolah yang siap menjawab setakat 10 pagi,16 April 2010.



2. Seperti yang dapat dilihat, peratus pengisian adalah rendah. Walaupun kami telah membaiki beberapa aspek berkaitan aplikasi dan rangkaian, tetapi pengguna masih menghadapi masalah. Daripada maklum balas yang diterima, masalah utama ialah yang berkaitan fungsi 'simpan' atau 'save' data yang diisi oleh pengguna.

3. Oleh yang demikian, pasukan teknikal telah membuat penambahbaikan lagi dan mengesyorkan agar menyahaktifkan fungsi cetak borang yang telah diisi oleh sekolah. Kami dapati input data menjadi sangat cepat selepas fungsi tersebut dinyahaktifkan. Sila ambil maklum bahawa fungsi cetak dokumen tidak aktif dan abaikan arahan cetak buat sementara waktu.

4. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang maklum balas, sila emel kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

______________________________________________________

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010


Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
* Fungsi Cetak Dokumen tidak aktif. Sila abaikan arahan cetak buat sementara waktu

Bil

Tarikh

Bil. Hari

Negeri

1.

12 - 13 April 2010

2

Johor

2.

14 - 15 April 2010

2

Perak

3.

16 April 2010

1

Melaka & Perlis

4.

17 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

5.

18 April 2010

1

Kelantan

6.

19 - 20 April 2010

2

Sabah

7.

21 - 23 April 2010

3

Sarawak

8.

24 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

9.

25 - 26 April 2010

2

Kedah

10.

27 - 28 April 2010

2

Selangor

11.

29 April 2010

1

Negeri Sembilan

12.

30 April 2010

1

Pahang

13.

1 Mei 2010

1

Cuti Umum - Hari Pekerja

14.

2 Mei 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

15.

3 Mei 2010

1

Pulau Pinang

16.

4 Mei 2010

1

Terengganu

17.

5 Mei 2010

1

WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

18.

6 - 9 Mei 2010

4

Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:

· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri.

· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat

No comments:

Post a Comment