30 April 2010

PERHATIAN

AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010 (iQ-PSS 2010) TELAH BERMULA

Makluman untuk semua GPM


Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.

Tanggungjawab GPM:

  • Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  • Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  • Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  • Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  • Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  • Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.

20 April 2010

Khidmat Bantu Eduweb tv di Sekolah Kebangsaan St. Teresa (1)




Selasa jam 1230pm,En.Zaini bin Mohd Endot Pegawai Teknologi Pendidikan Dibantu oleh Pn.Rosilawati bte Maabar dan Cik Nadia bte Hairi Juruteknik Komputer memberi khidmat bantu mengenai Eduweb TV di Sekolah Kebangsaan St. Teresa (1).



Disediakan oleh n a d i a

Promosi BTPN/PKG


Selasa, 20 April 2010 bermula jam 830 pagi
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot mempromosi
laman web BTPNKL,PKG dan CerdikNet kepada Kerani-kerani Kewangan sekolah dan PPD Pudu/Bangsar.
En.Zaini bin Mohd Endot juga menerangkan serba sedikit visi, misi, moto, organisasi dan produk mengenai BTPNKL.



Disediakan oleh n a d i a

19 April 2010

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Berikut adalah peratus sekolah yang siap menjawab setakat 10 pagi,16 April 2010.



2. Seperti yang dapat dilihat, peratus pengisian adalah rendah. Walaupun kami telah membaiki beberapa aspek berkaitan aplikasi dan rangkaian, tetapi pengguna masih menghadapi masalah. Daripada maklum balas yang diterima, masalah utama ialah yang berkaitan fungsi 'simpan' atau 'save' data yang diisi oleh pengguna.

3. Oleh yang demikian, pasukan teknikal telah membuat penambahbaikan lagi dan mengesyorkan agar menyahaktifkan fungsi cetak borang yang telah diisi oleh sekolah. Kami dapati input data menjadi sangat cepat selepas fungsi tersebut dinyahaktifkan. Sila ambil maklum bahawa fungsi cetak dokumen tidak aktif dan abaikan arahan cetak buat sementara waktu.

4. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang maklum balas, sila emel kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

______________________________________________________

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010


Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
* Fungsi Cetak Dokumen tidak aktif. Sila abaikan arahan cetak buat sementara waktu

Bil

Tarikh

Bil. Hari

Negeri

1.

12 - 13 April 2010

2

Johor

2.

14 - 15 April 2010

2

Perak

3.

16 April 2010

1

Melaka & Perlis

4.

17 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

5.

18 April 2010

1

Kelantan

6.

19 - 20 April 2010

2

Sabah

7.

21 - 23 April 2010

3

Sarawak

8.

24 April 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

9.

25 - 26 April 2010

2

Kedah

10.

27 - 28 April 2010

2

Selangor

11.

29 April 2010

1

Negeri Sembilan

12.

30 April 2010

1

Pahang

13.

1 Mei 2010

1

Cuti Umum - Hari Pekerja

14.

2 Mei 2010

1

Terbuka kepada semua negeri

15.

3 Mei 2010

1

Pulau Pinang

16.

4 Mei 2010

1

Terengganu

17.

5 Mei 2010

1

WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

18.

6 - 9 Mei 2010

4

Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:

· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri.

· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat

01 April 2010

Laporan Pemantauan Naik Taraf LAN



Laporan Pemantauan Naik Taraf LAN

Pada Khamis, 1 april 2010 bermula jam 930 pagi
Pegawai Teknologi Pendidikan En.Zaini bin Mohd Endot dan Juruteknik Komputer Cik Nadia bte Hairi disertai En.Noor Leza bin Mansor Pegawai BTPNKL
telah pergi memantau Sekolah Kebangsaan Desa Tasik bagi melihat sendiri jarak blok dan lokasi untuk menempatkan switch dan access point bagi program naik taraf LAN. Pemantauan dibantu oleh En.Zawawi bin Karim GPB SK Desa Tasik.



disediakan oleh
n a d i a