19 January 2010

Perasmian Galeri PKG Bangsar

PERASMIAN Galeri PKG Bangsar telah pun disempurnakan oleh Encik Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah , Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL pada 7 Julai 2009 yang lalu.

Majlis perasmian yang dibuat secara ringkas ini telah dihadiri oleh para pegawai dari BTPNWPKL dan juga PTP PKG yang turut menghadiri Kursus Joomla di PKG Bangsar.

Galeri ini pada asalnya merupakan pejabat lama PKG Bangsar. Proses pengubahsuaian mengambil masa lebih kurang dua bulan dari kerja pembinaan, ubahsuai sehinggalah kerja kemasan lantai dan siling yang terakhir.

Pameran Fotografi yang memenuhi ruang pameran di dalam galeri ini adalah hasil karya AJK Kelab Fotografi iaitu En. Salim Mohd Dom, Encik Shamsul Kamal Zakaria dan Encik Mohd Noor Sabar.

Berbagai tema dan teknik fotografi yang dipamerkan meliputi alam semulajadi, manusia dan haiwan dengan pelbagai komposisi dan teknik suntingan foto Adobe Photoshop serta foto jalanan . Pameran ini bukan sahaja dapat memperluaskan idea para pencinta fotografi untuk terus berkarya malahan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sejarar dengan fotografi yang merupakan niche area bagi PKG Bangsar, maka dengan adanya galeri ini akan melengkapkan lagi keperluan selain dari meningkatkan minat ahli Kelab Fotografi Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur agar terus maju berkarya di PKG Bangsar.

Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah, beliau telah mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan tindakan proaktif yang telah diambil oleh Cik Hjh Narizah , PTP DGA34 dan Pegawai PKG Bangsar yang berjaya merealisasikan Galeri tersebut. Walaubagaimanapun beliau berharap agar galeri akan menempatkan produk dan bahan Bahagian Teknologi Pendidikan, BTPNKL dan PKG selaras dengan Visi dan Misi kita.

Ditulis oleh Rosilawati Bt Maabar
Isnin, 27 Julai 2009 18:12

No comments:

Post a Comment