26 January 2010

Lawatan Biro PSS JKPA ke SMK King George V , Seremban



Biro Peningkatan PSS PKG Bangsar telah memilih SMK KING GEORGE V, Seremban sebagai destinasi untuk lawatan Penanda Aras pada 11 Ogos 2009.

Selain sebagai sebuah salah satu sekolah kluster yang unggul dari pelbagai bidang, pusat sumber sekolah (PSS) ini juga merupakan johan PSS cemerlang di peringkat kebangsaan. Berbagai perkongsian pengalaman dan informasi yang telah di perolehi semasa lawatan tersebut.

Rombongan di ketuai oleh En. Zaini b. Endot dan Pn. Rosilawati bt. Maabar, pegawai teknologi pendidikan (PTP) PKG Bangsar yang telah menjadikan lawatan ini satu kenyataan. Seramai 32 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) yang terdiri dari guru sekolah rendah dan memengah telah bersatu untuk merealisasikan objektif lawatan yang bertemakan “Kearah Pemantapan Professionalisme GPM dan Pengurusan PSS Cemerlang”.

Ketibaan kami disambut mesra oleh GPM SMK KING GEORGE V , Cik Ros Lee. Pemandangan kawasan perkarangan luar sekolah dihiasi dengan pokok bunga dan lanskap yang indah. Jam dinding yang diimport dari England masih lagi tersergam megah di perkarangan masuk sekolah tersebut. Kami diiringi ke Bilik Teaterette dimana perkongsian pengalaman dalam pengurusan PSS berlangsung.

Tn. Hj. Zakaria b. Md Zin, Pengetua Cemerlang yang telah mengikuti kursus di King’s College London, England telah memberi ucapan alu-aluan dan kata-kata semangat sebagai dorongan kepada GPM PKG Bangsar agar terus berkhidmat untuk PSS masing-masing. Cetusan idea bersama Pn. Zawakhir, Penolong Kanan Akademik juga memberikan pendedahan kepada peserta lawatan tentang galakan dan aktiviti membaca dikalangan murid. Tayangan slaid oleh GPM dan sesi soal-jawab juga turut diadakan.

Acara terakhir merupakan lawatan ke Pusat Kraftangan Negeri Sembilan yang terletak ditengah-tengah bandar Seremban untuk melihat tinggalan sejarah dan keunikan budaya dan adat Negeri Sembilan.

Adalah menjadi harapan BTPNWPKL,PKG Bangsar serta Biro Peningkatan PSS agar lawatan yang bermakna ini dapat membantu dari segi pengurusan PSS sekaligus dapat meningkatkan tahap professionalisme GPM pada masa akan datang.





No comments:

Post a Comment