19 January 2010

Bengkel Adobe Photoshop CS4 oleh Kelab Fotografi

Kelab Fotografi telah berjaya menjalankan aktiviti keduanya di PKG Bangsar pada hari sabtu 25 Julai 2009 yang lalu.

Encik Shamsul Kamal selaku AJK Kelab Fotografi juga sebagai penceramah telah dibantu oleh Encik Junaidi ,tenaga pengajar dari Institut latihan Perindustrian untuk menjalankan Bengkel Adobe Photoshop CS4 ini.


Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Hjh Narizah Mohd Yusoff ,mantan PTP BTPNWPKL dan juga pengasas penubuhan kelab dan galeri serta beberapa AJK seperti Encik Mohd Noor Sabar dari BTP KPM dan juga Encik Putra b Ahmad, Guru Besar SK Sungai Besi.

Seramai 20 orang peserta terdiri dari ahli Kelab Fotografi telah dipilih dan dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Antara pengisian bengkel ialah asas Adobe Photoshope CS4 untuk suntingan foto.

Acara kemuncak bagi bengkel ini ialah lawatan dan penerangan khas ke Galeri PKG Bangsar yang terletak di tingkat atas bangunan PKG. Kewujudan ke galeri ini telah memberikan satu kejutan khasnya kepada penceramah dan AJK Kelab Fotografi serta peserta yang hadir.

Kekaguman mereka melihat keindahan seni binaan dalaman galeri ini bertambah apabila melihat bahan yang dipamerkan adalah hasil kerja mereka sendiri dan selari dengan tajuk bengkel yang sedang dijalankan.

Penerangan oleh Encik Mohd Noor dan Encik Shamsul Kamal


Menurut Encik Shamsul Kamal, "Belum pernah saya lihat dan saya tidak menyangka sama sekali wujudnya Galeri yang begitu ekslusif sekali ada di PKG Bangsar. Ini menunjukkan begitu seriusnya pihak BTPNKL dan PKG Bangsar di dalam bidang Fotografi".

Beliau juga akan menwar-warkan kepada ASFON Malaysia mengenai kewujudan galeri ini dan juga berhasrat untuk menjalankan aktiviti bersama ASFON dan Kelab Fotografi di PKG Bangsar pada masa yang akan datang.

Peserta, penceramah dan AJK Kelab Fotografi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak BTPNWPKL dan juga PKG Bangsar dengan wujudnya Galeri PKG Bangsar.

Menurut Cik Hjh Narizah, beliau sangat teruja dan mengharapkan agar Kelab Fotografi dapat menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin .Adalah menjadi harapan beliau agar Kelab Fotografi ini akan berjaya di persada seni Fotografi dan beliau sentiasa memberi sokongan moral bagi kelab ini.Selain itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dari peringkat awal perancangan, pembinaan sehinggalah terbinanya galeri ini.

Encik Mohd Noor Sabar bercadang untuk mengadakan bengkel asas fotografi sebelum ahli kelab ini dibawa untuk pengambaran di luar (outings) untuk subjek alam semulajadi.





Ditulis oleh Rosilawati Bt Maabar
Isnin, 27 Julai 2009 13:14

No comments:

Post a Comment